Sunday, December 28, 2014
Ayam masak sebuli bali
Assalamualaikum.
Hari nie, mood aku agak baik. Nak kata aku nie rajin tak lah jugak, kadang2 tu terlajak tidur sampai pukul 9 haha. Biasa la budak baru habis belajar macam tu la gamaknya balas dendam sebab masa study dulu tak boleh nak tidur lama2. Sengsara oiii.
Aku kalau masuk dapur memang macam-macam nak masak, tapi hampeh. Haha.
Adik beli barang macam-macam konon nak masak la, nak try resepi baru tapi dok berkerat dalam peti ais tu la.
Tu baru mukadimah je, belum lagi mak aku jerit bising kat aku. Tapi aku pekak je telinga aku nie. Haha biasa la tu, mak aku nak aku nie teror masak. Memang betul aku, mengaku yang aku tak pandai masak. Setakat nak goreng telur boleh la. Haha tapi aku belajar ok. Dah ok nak cerita resepi. Aku lupa aku copy resepi nie dari mana haha tapi memang sedap aku dah try 2 kali, semua family aku suka dan lulus dengan cemerlang. Terima kasih Tuan resepi.
Resepi ayam masak sebuli bali.( kenapa nama dia pelik? aku pun tak tahu.)
Bahan-bahan.
1- Ayam
2- Santan
3- Kerisik
4- Bawang merah 3 biji, Bawang putih 3 biji
5- Halia
6- Bunga lawang dan kulit kayu manis.
7- Cabai (cili) blender
8- Kicap
Method of cooking
Goreng ayam dan ketepikan. Tumbuk bawang merah, putih dan halia.
Tumiskan bahan yang di tumbuk tadi bersama kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau. Masukkan cabai blender dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan kicap dan tumis lagi. Masukkan santan dan kerisik masak sehingga kuah agak pekat (kalau suka kuah masukkan air sikit). Masukkan garam dan gula.
Masak sehingga mendidih dan masukkan ayam yang digoreng tadi. Masak sehingga kuah pekat dan sedia untuk di hidangkan.
Hiaskan dengan daun sup dan cili merah agar nampak cantik dan bangkit selera untuk makan.
Selamat mencuba. :-)
Wednesday, December 24, 2014
Baju melayu
Assalamualaikum semua ;-)
Aku ada perangai yang agak pelik, aku suka sangat tengok 'kaum adam' bila diorang pakai baju melayu. Nampak ciri-ciri lelaki melayu sejati tu dalam diri masing-masing. Terserlah ketampanan mereka. Cewaah. "berangan".
Disebabkan aku nie suka sangat dengan benda yang cantik-cantik. Haiip kejap-kejap ada ke orang yang tak suka benda cantik??. Disebabkan aku nie anak perempuan tunggal dalam family so, setiap kali nak raya je mesti aku la yang akan buat decide nak pakai warna tema untuk setiap tahun.
Seperti biasa, aku selalunya akan research nak pakai warna tema dan design baju. Dah melalut sangat dah aku nie. Ok straight to the point, sekarang nie design baju melayu pun dah makin banyak, macam2 gaya dan rekaan yang ada di pasaran.
Ok, untuk senangkan korang semua, korang boleh tengok design baju melayu di http://www.omarali.com.my. Banyak koleksi baju melayu yang ada, korang pilih dan beli je. Senangkan, mudah dan cepat. Ada baju melayu cekak musang, baju melayu moden, baju melayu teluk belanga dan lain. Rajin-rajin usha dekat omarali2 ok. Apa-apa just call dorang la ye untuk tanya lebih lanjut.
Omar ali boutique Sdn Bhd,
Unit GL-2& GL-3, Ground Floor,
Pangsapuri Sri Harmonis,
Batu 6/2, Jalan Gombak,
Gombak, 53100 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tel : +603 - 6178 70000 / 3999
HQ tel : +603 - 2694 - 4849 / 4840
Online Email: online@omarali.com.my
HQ Email : info@omarali .com.my
Web: http://www.omarali.com.my
Selamat bershopping ;-)
Thursday, December 18, 2014
KL Y.E.S FEST @ MOODREPLUCIK 19 - 21 DECEMBER 2014
Assalamualaikum.
Are you ready? 19 - 21 December 2014, ada year end sale yang paling ditunggu-tunggu semua orang. Time nie semua butik-butik akan buat potongan harga kaw-kaw punya, macam maggie kuah kaw. Rugi sapa yang tak pergi time year end sale. Lokasi year end sale kali nie dekat PWTC.
Bukan je potogan harga yang memang luar biasa, tapi siap ada cabutan bertuah. Banyak butik yang terkenal dan hebat yang ada dekat sana. Korang boleh follow IG butik-butik tersebut untuk dapat lebih info pasal Y.E.S.
Masa nie akan ada koleksi-koleksi yang menarik, yang paling penting harga wehhhh...arggh aku memang tunggu sangat saat-saat macam nie. Habislah duit aku. So, ladies-ladies kat luar, jangan pikir banyak-banyak sangat, korang serbu je. Kalau duit tak cukup nanti sebelum gaji, mintak advance dengan bos. Haha. 'jahat sikit'.
Ok, kat sini aku ada review untuk korang antara butik yang join Y..E.S, Korang bolek klik dekat sini untuk dapat lebih info:
Kalau nak ikutkan, banyak lagi butik-butik yang top ada dekat Y.E.S nanti, kalau korang rajin godek2 la sikit pasal Y.E.S ok. Jangan lupa 19 - 21 December 2014. Save the date. Happy shooping guys.
Bye, see you next entry. xoxo.
Tuesday, December 16, 2014
Zarra tak suka pakai shawl
Assalamualaikum.
Dari dulu, aku memang tak suka pakai shawl, rasa memang tak sesuai sangat bila pakai shawl. Tapi bila tengok orang lain pakai shawl, jelleeeessnyaaa. Cantik wehhhh. Muka aku memang tak sesuai pakai shawl. Dalam aku tak suka pakai shawl, tapi dalam alamari aku penuh dengan koleksi-koleksi shawl terkini. Pantang aku tengok ada design shawl terbaru mesti rasa nak grab jugak satu., tapi tak pakai pun, last-last gantung dalam 'gobok je'. Gobok tu almari la.
Keyakinan aku bila pakai shawl memang akan turun seratus peratus, dari elok-elok aku berkeyakinan terus hilang keyakinan diri. Susah, orang lain nak pakai, kau pun nak. Lagi satu apa yang aku malas nak pakai shawl, sebab kena lilit. Yess, aku memang malas sangat nak lilit-lilit bagai nie. Nanti kalau salah lilit tecekak aku. Haha. Akhirnya aku pakai tudung syria je senang, ringkas dan mudah.
Walaupun aku bukan pengemar shawl yang tegar, tapi aku ada beberapa koleksi shawl yang korang boleh try beli dekat butik-butik yang aku dah beli. Kain dan design dia memang cantik. Kain yang digunakan sangat berkualiti tinggi.
Korang boleh shopping dekat butik nie http://www.calaqisya.com/. Banyak koleksi yang sesuai dan terkini, plus sekarang nie diorang ada buat instant shawl. Macam aku sesuai sangat la yang tak pandai pakai shawl.
Ok la, korang boleh godek-godek cari butik-butik yang jual shawl online lagi ok.
Tata. See you next entry :-)
Monday, December 15, 2014
Instinct perempuan lebih kuat dari lelaki
Assalamulaikum.
Sapa setuju dengan aku yang instinct perempuan nie lebih kuat dari kaum adam. Kalau nak cakap pasal perempuan nie sampai esok pun takkan habis. Sebut pasal
kaum hawa nie, mesti ramai orang senyum je. “senyum kucing”. Allah jadikan kaum
hawa penuh dengan seribu satu misteri. Kalau nak sebut pasal perangai orang
perempuan nie memang susah, banyak karenah. “macam aku. Haha.
Malas nak intro
panjang-panjang. Sapa setuju dengan aku, yang kaum kita nie(hawa) ada
‘instinct’ yang kuat? Memang betul, perempuan nie famous dengan perasaan
dalaman yang sangat kuat. So, kaum-kaum laki nie jangan rasa bangga dengan diri
korang yang sudah cukup licik, bijak dan strategic dalam sembunyikan rahsia.
Aku pu tak tahu
kenapa rasa nak update sangat cita pasal nie. Idea datang masa aku
baring-baring atas katil. Memang aku macam tu, kalau nak cari idea mesti kena
sunyi dan baring. Haha. Yesss aku seorang yang kuat berangan. Haha. ‘jangan
gelak ok’.
Aku memang suka lepak dengan orang yang banyak pengalaman terutama kaum 'mak-mak'. Banyak ilmu yang kita dapat plus boleh dengar gosip. Dari pengalaman aku sendiri, instinct perempuan nie lebih tepat berbanding dengan lelaki.
Dulu, masa aku study aku selalu ada instinct haha. Kurniaan ALLAH pada aku. Syukur Alhamdulillah. Apa yang aku rasa mesti lebih kurang tepat. Pernah satu ketika. Cewwah dah nak mula cerita nie, aku lepak la dengan senior aku kat kantin sambil makan-makan. Senior aku buka cerita pasal bf dia.
Senior gf aku nie tak pernah call bf dia time bf dia keja. Takut ganggu, perempuan penuh dengan sifat prihatin. Ada satu hari tu senior aku nie tergerak hati nak call bf dia time keja, then dia call la tanya bf dia kat mana? busy ke hari nie. Padahal time tu bf dia keluar makan dgn ex gf dia. Haha. Kantoi "terjun bangunan la jawab dia". Padan muka kau gatal sangat.
Dari cerita tu, memang dah nampak yang kaum hawa nie, ALLAH bagi kelebihan melalui instinct yang kuat, tambah-tambah pada kaum isteri. Kadang-kadang si isteri nie tak nak kecoh-kecoh dalam bab-bab yang tertentu. Selagi boleh sabar dia akan sabar, kalau dah tak boleh sabar baru akan 'jadi gunung berapi'. Lagi satu si isteri nie akan fikir panjang, kalau buat kecoh nanti buruk padahnya, fikir pasal anak-anak lagi, last-last diri sendiri kena tanggung. Hebat kan.
Tu je kot aku nak share. Kepada kaum lelaki, berwaspada lah kepada kaum hawa.
Note: Sikap jujur dan amanah adalah sikap yang paling mulia. Buang sikap yang tidak elok dalam diri kita supaya kita menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan. Zz
Friday, December 12, 2014
Menziarah
Assalamualaikum.
Kalau cuti sekolah selalu korang buat apa? Takkan lepak kat rumah je, tak pergi mana-mana ke? Aktiviti keluarga aku dari dulu sampai sekarang, time cuti sekolah mesti balik kampung. Haha. Best O weyy balik kampung. Banyak aktiviti boleh buat.
Kalau cuti sekolah je mesti banyak kenduri. Haha time nie la aku paling suka, sebab kenduri nie la kita dapat jumpa saudara mara yang jauh atau dekat, yang tak pernah jumpa pun ada, yang jumpa time kecik-kecik dulu pun ada. Bila jumpa balik semua mula la cerita, gosip macam-macam
Beza sangat kenduri kat kampung dengan pekan. Kalau kenduri kat kampung 2 3 hari sebelum kenduri orang kampung yang lain dah datang ramai-ramai tolong apa yang patut, malam kenduri pulak, ada majlis berinai, khatam al-quran. Kalau kat bandar, Haha semua katering je. Tak kisah la macam mana pun janji aku boleh makan kenduri yahoooo. I like, sebab lauk masa kenduri best o.
Tu je kot nak update, nanti balik dari kampung aku update aktiviti yang aku buat masa kat kampung ok.
Korang jaga diri ok. Tata, see you next entry. :-)
Kalau cuti sekolah je mesti banyak kenduri. Haha time nie la aku paling suka, sebab kenduri nie la kita dapat jumpa saudara mara yang jauh atau dekat, yang tak pernah jumpa pun ada, yang jumpa time kecik-kecik dulu pun ada. Bila jumpa balik semua mula la cerita, gosip macam-macam
Beza sangat kenduri kat kampung dengan pekan. Kalau kenduri kat kampung 2 3 hari sebelum kenduri orang kampung yang lain dah datang ramai-ramai tolong apa yang patut, malam kenduri pulak, ada majlis berinai, khatam al-quran. Kalau kat bandar, Haha semua katering je. Tak kisah la macam mana pun janji aku boleh makan kenduri yahoooo. I like, sebab lauk masa kenduri best o.
Tu je kot nak update, nanti balik dari kampung aku update aktiviti yang aku buat masa kat kampung ok.
Korang jaga diri ok. Tata, see you next entry. :-)
Tuesday, December 9, 2014
Kelebihan shopping online
Assalamualaikum.
Korang suka shopping online tak? "sapa suka angkat tangan". Dulu sebelum aku terjebak dalam dunia shopping online nie, duit memang boleh simpan. Haha. Tapi lepas dah masuk dalam "dunia" shopping online nie, mak aiiii..aku jadi seorang "pemboros". Semua nie gara-gara aku ikut perangai my best freind i la. (Aisya)
Zarra : Weyyyy, cantinya baju kau Aisya. Nak pinjam boleh ? hehe. Mana kau beli?
Aisya : Aku beli online. Kau tu, kalau aku pakai apa pun semua cantik jelessss ke? "tangan kat dada mata tengok atas"
Zarra : Boleh percaya ke beli online nie? Tak takut kena tipu ke?
Aisya : Tak la, lagi jimat kot beli online nie. Tak payah nak drive jauh-jauh, pilih je mana yang kau suka then terus beli. :-)
Kawan aku memang dia pembeli online yang tegar. Apa pun mesti nak beli online, sampaikan kalau boleh barang dapur or ikan pun nak beli on. Haha, besar betul pengaruh online kan?
Ok, dekat sini aku ada list kan kat korang kelebihan shopping online nie. Mesti baca semua sampai habis ok. Sayang korang . xoxo.
1. Jimat masa. Kalau yang super duper busy tu, korang memang sesuai sangat shopping online "macam aku" tapi korang kena pandai pilih website yang korang nak beli tu, jangan mudah tertipu ok. "Tipah tertipu bang".
2. Jimat minyak kereta. Haha yang part nie aku best sangat-sangat, sebab memang tak payah nak drive jauh-jauh, semata-mata untuk beli sehelai baju dan paling-paling aku suka boleh save minyak kereta yeaaaaaa. Dengan ekonomi sekarang nie, minyak kereta mahal, jalan terbaik ialah shopping online :-). Janji boleh shopping.
3. Tak payah redah jem. OMG, sapa yang duduk KL memang tahu sangat la, jem terlampau, sampaikan memang aku kalau weekend je memang malas nak keluar, serabut la weiii, berjam-jam dalam kereta. Tak suka!!!
4. Tak payah cari parking. Parking shopping complex area KL memang tak boleh blah weyyy. Aku tak sanggup. Weekend mesti parking penuh. Takkan la nak shopping kena keluar subuh kot. Oh no.
5. No need rushing. Aku paling tak tahan bila shopping dengan orang yang kelam kabut, tak boleh tahan dengan orang macam nie, kita baru je nak pilih, nak cuci mata tetiba dia ajak balik. Rasa macam nak bagi "pemanpar jepun ja". Haha.
6. Jimat tenaga. As ladies, kalau nak keluar je mesti nak kena bersiap bagai kan, nak make up la, nak iron baju, pakai tudung semua. Tu pun kalau mood tudung jadi elok, kalau time tudung tak jadi. Rasa macam nak tumbuk tudung tu. :-). Lagi satu boleh jimat alat make up haha. Suka-suka.
Kalau nak senaraikan kelebihan shopping online nie memang tak habis sampai esok. Malam nie kena tidur awal sebab esok aku ada keja. Haha. Korang fikir-fikir la yea kelebihan shopping online ok. Tapi satu je pesan aku, jangan gelojoh sangat nak beli online, please buat research dulu pasal website yang korang nak shopping tu, takut kena tipu nanti :-). Dah2 p tidur, jangan nak rasa ladies night sangat ok. Tidur awal, esok bangun solat subuh. Selamat malam korang. xoxo :-)
Note : Sifat membazir adalah amalan syaitan. Kikiskan dari dalam diri kita. Sematkan sifat yang baik dan mulia dalam diri kita. "peringatan untuk diri sendiri ".Zz
Sunday, December 7, 2014
Harimau Malaya lemas dalam teknik Vietnam
Assalamualaikum.
Memang aku antara peminat tegar pasukan Harimau Malaya. Kecewa dengan corak permainan Harimau Malaya malam ini. Bahagian pertahanan Harimau Malaya terlalu lemah malam ini. Terlalu banyak peluang yang diberikan kepada pasukan lawan (Vietnam).
Ayuh Harimau Malaya. Bangkit dengan tekuh, kukuhkan benteng pertahanan pasukan mu. Terlalu jelas ketajaman benteng pertahanan dari pasukan lawan. Jurulatih pasukan Harimau Malaya harus membuat sesuatu, untuk mengatasi ketajaman benteng pertahanan pasukan lawan. Vietnam makin bermaharaja lela di bahagian pertahanan.
Banyak percubaan yang terlalu dilakukan oleh pemain lawan Vietnam, serangan demi serangan di lakukan.
Ayuh Harimau Malaya. Bangun, buktikan kekuatan mu tunjukkan kepintaran mu. Kami akan sentiasa menyokong mu. Harimau Malaya tetap di hati.
Friday, December 5, 2014
Healty tips : Cara untuk elak migrain
Assalamualaikum.
Masa aku study dulu ramai sangat kawan-kawan aku ada migrain. Alhamdulillah aku, bukan tergolong dalam pesakit "migrain". Malas nak intro panjang-panjang. Hari nie rasa nak share dengan korang semua satu tips untuk elak migrain, aku dapat sumber maklumat dalam buku majalah wanita. Haha. Bukan buku aku pun, tapi aku pinjam buku mak aku. Belum masanya lagi kot aku nak ada koleksi buku-buku majalah mingguan wanita. Haha *perasan lebih*.
Migrain adalah salah satu penyakit yang dihidapai ramai orang, terutamanya kaum "wanita". Nampak sangat kaum wanita nie banyak stress. Punca nak dapat migrain nie banyak, antaranya ialah bunyi bising di persekitaran kita atau pun dari cahaya. Migrain dikategori, sakit kepala sebelah dan berdenyut-denyut yang sangat kuat. Antara tips yang korang boleh amalkan untuk elak dapat migrain ialah:
Migrain adalah salah satu penyakit yang dihidapai ramai orang, terutamanya kaum "wanita". Nampak sangat kaum wanita nie banyak stress. Punca nak dapat migrain nie banyak, antaranya ialah bunyi bising di persekitaran kita atau pun dari cahaya. Migrain dikategori, sakit kepala sebelah dan berdenyut-denyut yang sangat kuat. Antara tips yang korang boleh amalkan untuk elak dapat migrain ialah:
- Senaman ringan. Jangan malas nak senaman ok, sebab tu la, ramai sangat orang kata walau sibuk macam mana pun kita nie, luangkan masa dalam 30 minit untuk buat senaman. Kalau malas sangat nak buat senaman, segan nak pergi jogging sebab tak da kawan *macam aku nie*, korang boleh jugak buat apa-apa aktiviti yang boleh bagi keluar peluh, tak kisah la aktiviti apa pun asal kan tubuh badan anda sihat dan minda yang cegas. Hal ini boleh menurunkan kadar anda untuk dapat migrain rendah :-)
- Sekarang nie kan cuaca Negara kita tak menentu so, korang jangan biarkan diri tu "berjemur" sangat tengah panas, kalau boleh elakan kan ok.
- Jangan skip waktu makan. Kalau sapa-sapa yang tengah diet tu, korang boleh go on dengan korang punya diet tapi, jangan sesekali korang skip makan. Korang tetap dan wajib makan on time tapi ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit. Perut yang kosong boleh meningkatkan kadar yang tinggi untuk dapat migrain tau.
- Jangan terlalu stress. Kalau rasa diri dah hampir-hampir stress, buatlah aktiviti apa yang boleh redakan stress. Kalau aku cara nak hilangkan stress pergi window shopping, terapi mata dan minda :-)
- Senyum selalu. Senyum boleh membuatkan kita kurang dapat stress dan kurang resiko nak dapat migrain . *Tips aku sendiri*. :-)
Note: Perkataan migrain berasal daripada istilah Yunani iaitu Hemicrania iaitu hemi bermaksud setengah, manakala cranium pula membawa maksud tengkorak kepala. Menurut kajian, penyakit yang kerap dialami ini sebenarnya jika serius boleh membawa kepada serangan sakit jantung, darah tinggi dan jugak strok. Zz
Thursday, December 4, 2014
Keputusan Final Anugerah juara lagu 2015 tidak adil
Assalamualaikum.
Sebenarnya, sebelum nie aku memang jarang sangat dan memang tak suka tengok AJL. Tak kisah la yang berapa kali AJL pun memang aku tak join langsung. Tak boleh blahhh dengan jiwa aku.
Yang boleh aku terjebak nak tengok AJL nie, bila aku habis study baru nie. Aku bosan sangat tak taw nak buat pa, so kat rumah aku semua orang nak tengok AJL. Arggghh tension aku! Tanpa aku rela, aku pun join la. Secara kebetulan minggu ke - 2, lagu yang bertanding pun not bad la.
Alang2 dah tengok minggu ke-2, aku terus la tunggu sampai minggu akhir, sebab minggu ke-3 (akhir), baru boleh taw sapa yang dapat masuk Final AJL 2015. Dengan penuh debaran aku menanti. Fuhhh!!*lap peluh sikit*.
Hampa:-(. Aku memang tak paham dengan cara juri2 AJL buat pemilihan untuk lagu yang masuk final. Mostly, semua lagu kurang menarik. Cuma ada 2, 3 lagu yang ok ja. Aku lagi bertambah frust bila fyn jamal, lagu "Arjuna Beta", tak layak untuk masuk final AJL 2015.
Ya ALLAH, lagu punya la sedap. Persembahan memang menarik, menusuk jiwa, tapi masih tak layak. Apa yang juri2 AJL nak sebenarnya? Kateria yang macam mana diorang perlukan?. Rasa memang tak puas hati. Ini tidak adil, tidak adil bagi fyn jamal. Corak persembahan, suara yang memukau, lirik lagu yang membawa maksud mendalam pun tak berjaya lagi. Teruk sangat budaya muzik tanah air kita nie. Memang aku setuju dengan penyanyi rock Malaysia Awie yang mempertikaikan cara pengudian AJL.
Memang patut pun Yuna keluar dari Malaysia untuk cari market antarabangsa, sebab industri muzik tanah air tak boleh nak Blahh. Terlalu banyak kontraversi. Semua benda nak buat, semua tak kena plus masyarakat yang masih berpikiran cetak, setelah dicampur tolak bahagi darab semua dengan RASUAH.
Apa yang aku tengok, kalau muka cantik, handsome walaupun tak dak kualiti, tak boleh nyanyi langsung pun boleh masuk dalam industri muzik tanah air. Sudah tiba masa untuk berubah. Jangan jadi macam "katak bawah tempurung". Langsung tak de perubahan.
Note: Belajar untuk menghargai permata yang ada didalam tangan kita, sebelum ia nya hilang.
Wednesday, December 3, 2014
Punca-punca bibir kering dan merekah
Assalamualaikum
Entry nie di update jam 11.44pm. Hello korang dah tido ke? *mesti tengah nyenyak tidur tu*,arrggh jeles aku. Sebenarnya aku nak share dengan hampa semua pasal punca-punca yang boleh buat bibir hampa semua nie kering dan rosak. Please take note ok.
Oh, yes memandangkan malam nie aku tak boleh nak tidur, mata nie macam ada tongkat je, lagi aku nak pejam lagi sakit bijik mata aku nie *nangis beb*. Nie semua gara-gara aku terlebih layan drama melayu kat TV la nie. Ok, aku memang peminat tegar drama melayu wokey. So, kalau aku taw hampa semua ada yang asyik dok kutuk drama melayu nie tak best la, boring la. Please watch out!!!!*buat muka garang*.
Tengok aku dah lari niat nie, motif aku nak share punca bibir kering dan rosak tapi lain pulak jadinya. Haha aku pantang kalau cakap pasal drama-drama melayu nie. Aku anak melayu ok, mesti sokong drama-drama melayu, Citer mat2 sallleh nie memang aku reject habis-habisan. Haha.
Ok, dah stop membebel. Aku nak taip cepat-cepat entry nie sebelum idea aku melayang ke awan ke tujuh. Wow!!. Semalam aku ada share tips dengan hampa pasal tips untuk dapat bibir bak merah delima kan? So, malam nie hampa semua kena taw punca bibir hampa rosak. Antara punca-puncanya ialah:
- Hampa terdedah dengan suhu dan cuaca yang sangat panas atau rendah. Keadaan ini akan menyebabkan bibir mudah kering plus, kalau hampa kurang minum air kosong bibir hampa semua akan jadi lebih teruk.
- Hampa kalau tak mau bibir rosak dan kering kena rajin minum air kosong. Sekurang-kurangya 8 gelas sehari. Untuk first step, belajar la minum pagi dan petang and before tidur ok. Wajib taw.
- Ini lagi satu penyebab besar untuk jadi bibir rosak dan kering. STRESS. Kalau hampa semua dalam keadaan stress, secara tidak langsung daya ketahanan tubuh badan hampa akan jadi rendah, maka hampa semua mudah dijangkiti kuman terutama pada bibir dan kulit.
- Kalau sapa-sapa yang ada alahan pada makanan. please hampa kena beware ok kalau nak bibir hampa cantik dan seksi. Hehe, jangan makan dah makanan yang hampa tak boleh makan.Redo je la. :-(
- Haaaa, nie lagi satu penting sangat. Kalau hampa nak beli apa-apa produk kecantikan, please hampa titik beratkan kandugan yang digunakan supaya bila di guna tidak menjejaskan kesihatan hampa terutama bibir mu.
- Zaman sekarang nie, perokok semakin banyak tak kira la female or male. Dah sama banyak aku tengok. Sedih. Kepada kaum hawa tu, cuba2 la stop smoking ok. Kalau korang teruskan tabiat merokok nie, bibir hampa akan jadi hitam dan tidak menarik.
Ok, lah xoxo. Take care. Aku tidur dulu, korang before tidur, jangan lupa kunci jam untuk bangun subuh esok ok. Selamat malam, sweet dream :-)
Note : Tak kisah la bibir korang hitam ke putih melepak ka, ALLAH tak pandang semua tu, Biar hati kita bersih dari segala hasad dengki dan benda yang tak baik. Bersihkan hati b4 tidur. Zz
Tuesday, December 2, 2014
Tips Bibir Merah Bak Delima :-)
Salam manis semua :-)
Kan orang dah cakap kalau time masa muda2 dulu hampa jangan nak pakai lipstik ke apa, sebab takut bibir akan hitam plus kering la. * Boleh pakai ke statement nie*. Kita orang pompuan nie kompen la kala nak keluar je mesti bersiap lama gila, nasib la sapa na keluar dengan aku kena tunggu lama sikit. Haha aku memanh lambat sikit bila nak bersiap. Done.
Ok, straight to the point, tips yang aku nak bagi kat hampa semua nie, tips biasa2 je. Tapi insyallah korang try kalau berkesab inform me ok. :-). Kalau korang nak penampilan nampak gempak gitu, bukan kena jaga kulit muka je ok, bibir pun kena jaga jugak, supaya bila korang bercakap orang akan lebih memberikan perhatian kar bibir tu. *Haha.* Bibir seksi.
- Tabiat membasahkan bibir dengan SALIVA a.k.a air liur korang tu, akan menyebabkan bibir menjadi kering ok. Ramai yang sangka buat macam nie akan boleh bagi bibir korang lembab termasuk la aku. salah info ok. Korang kena tukar tips korang tu. "JANGAN BUAT LAGI".
- Please lepas nie sapa yang jarang minum air kosong tu, korang kena start minum air secukupnya. Sekurang-kurangnya 8 gelas satu hari, dengan cara hampa semua takkan ada masalah bibir kering lagi. Insyallah.
- Tips last, korang rajin2 la sapu madu dekat bibir sebelum tidur ok.
Tu, je kot tips nak bagi kat korang, tidur dulu ok. Selamat malam.
Sunday, November 30, 2014
Harga Minyak Turun, tapi masih membebankan rakyat!!!
Assalamualaikum.
To be honest, dulu aku memang jarang sangat ambil tahu pasal harga petrol, harga barang runcit ke apa yang berkaitan. Sebab rasa tak penting.
Tapi kenapa sekarang aku perlu ambil tahu??? Sebab aku sudah mula dewasa, rasa dah dapat pikir yang mana baik dan yang mana tak baik. Dulu sebelum aku pakai kereta, rasa tak de beban nak isi minyak nie, pasal aku guna pengangkutan awam je, bayar tambang terus boleh jalan, tapi sekarang baru aku dapat rasa apa yang orang lain rasa *padam muka kau Zarra*.
Bila dah start pakai kereta sendiri nie, bila harga minyak naik je, rasa macam nak bergegar je otak aku nie, nak kena badjet duit nak isi minyak kereta la, nak makan lagi, nak beli barang keperluan lagi plus kalau dah kawin kena pikirkan susu anak lagi. Ohhhh memang tak cukup.
Ini ke maksud kerajaan"RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN" ?. Aku rasa macam dah terpesong diorang punya slogan kata tu dah jadi macam "Kerajaan di dahulukan, Rakyat disisihkan".
Harga minyak Ron 95, Ron 97 dan Diesel akan diturunkan mulai 1 Disember. Jumlah penurunan harga minyak bagi Ron 95 ialah sebanyak 4 sen, Ron 97 sebanyak 9 sen, manakala harga untuk Diesel akan naik sebanyak 3 sen." Sick".
Surat pekeliling harga minyak mulai 1 Disember ini.
Permainan kerajaan, nak bagi rakyat tutup mulut dari asyik dok bising pasal harga minyak, kerajaan turun kan harga minyak, tapi yang lagi pelik tu bila kerajaan naik kan harga minyak berpuluh-puluh sen, tapi bila nak turun harga minyak sen-sen je kerajaan bagi. Wajar ke korang rasa? Mesti ramai yang complain, harga minyak turun pun bising, harga minyak naik pun bising. Bukan nak bising ke apa cuma kami mahukan kerajaan pikir apa maksud slogan kata yang kerajaan tetapkan tu. Jadilah pemimpin yang
"berprikemanusiaan".
Aku memang pelik, sepatutnya harga minyak bukanlah menjadi isu yang besar dalam Negara kita. Kenapa? sebab Negara kita pengeluar dan pengimport minyak sepatutnya isu harga minyak perlu diselesaikan dengan bijak. "Jangan terlalu mementingkan orang lain sedangkan rakyat sendiri di anak tirikan". Memang tak masuk akal.
Kata nak jadi Negara maju tahun 2020. Kalau macam nie la gaya dan corak kepimpinan kerajaan tak kan ada kemajuan. Orang yang kaya tetap akan kaya, orang yang miskin tetap akan miskin. Konsep yang kerajaan terapkan pada rakyat adalah "KONSEP PENINDASAN". Korang boleh pikir mana yang terbaik, buatlah keputusan yang akan memberikan manfaat untuk kita bersama. Jangan ada sifat tamak dalam diri kita, kerana sifat tamak adalah sifat syaitan.
Note : Dunia akhir zaman berlakunya penindasan terhadap kaum yang lemah. Bangun lah anak muda untuk tegakkan keadilan.
Saturday, November 29, 2014
Facebook kick you out of your own account?
OMG facebook zarra kena block!!!!!!!!!!!!!!!!Arggghhhhh. Tension
Nie semua gara-gara facebook telah update dia punya terms and conditions baru-baru ni.
Guys.. you all tgk le. Bila Zarra nak claim balik facebook account Zarra, dorang minta confirm identity. At least, warning dulu le suruh letak nama betul ke, bukan tak boleh. You all tgk ni apa yg dia minta. At first dia nak zarra identify friend's pictures. Ada 3 steps. Mana le nak ingat. Friends zarra lebih 4K. Tak logik langsung. Pastu plak dia minta zarra confirm identity:
Confirm Your Identity
We
need to confirm your identity and the authenticity of your account.
Please provide the following information so we can investigate this
further.
Please provide a copy of of your government-issued, photo ID. This ID must:
- Be government-issued (ex: passport, driver's license)
- Clearly show your name, picture and birthday
- Be in color
Cover up any personal information we don't need to verify your identity (ex: address, license number). Learn more about why we require a copy of your ID and what types of ID we'll accept.
Bodoh betul. Kat dalam facebook ni bape kerat je yang guna nama betul. Even pakcik dan makcik pun guna nama glamour. Huhu..
Friday, November 28, 2014
Berkat sayang ibu rezeki suami murah.
Assalamualaikum.
Hi korang, how are you? Im doing fine.. as long as I'm home, I will be fine hehe. Aku baru je habis study, kebosanan melanda hidup ku ini. Aku perlukan aktiviti yang boleh hilangkan boring aku nie. Macam biasa la aku buat, masuk bilik bukak kipas lelaju, rasa macam nak tercabut kipas tu *nak bukak aircond tapi takde* kipas pun jadi la. Syukur Alhamdullilah. Apa lagi, seperti biasa, aku curi buku majalah mingguan wanita mak, then terus baring atas katil sambil belek-belek cerita sengsasi dalam buku nie. Haha.
Dalam aku dok kodek-kodek, aku terperasaan satu tajuk nie. Best jugak la. aku baca je la, rasa macam nak leleh airmata beb!!waaaa *bergenang airmata aku*. Ok. korang wajib baca entry nie sampai habis wokey.
Ok, straight to the point, dunia zaman sekarang ramai sangat orang tak bahgaia bila kahwin, kalo bahagia pun sekejap je, lepas tu dah nak jadi huru hara kan. kenapa? mungkin jodoh tak panjang. Kalau kita nak kahwin, mesti kena kenal dulu hati budi pasangan, kalau tak tak nak kahwin. Korang bayangkan orang dulu-dulu kahwin, rasanya jodoh dari parents diorang je. Takde nya nak kenal-kenal macam zaman sekarang nie. Kalau nak keluar date pun susah nie kan nak keluar tgk wayang *ada wayang ke zaman dulu*. Haha.
Kenapa orang dulu kahwin sampai berpuluh tahun kekal bahagia. Jeless je kita tengok kan sebab utama ialah Berkat dari ibu-bapa. Keberkatan parents kita amat penting, so korang yang ada hajat nak kahwin lari kat Siam atau Lombok ke, baik padam terus dari pikiran korang.
Berbuat baik kepada mereka punca datangnya rahmat ALLAH. Hadis Nabi ada menyatakan
"Aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w amal apakah yang paling dicintai Allah SWT? Rasulullah s.a.w bersabda : solat tepat pada waktunya. Kemudian aku bertanya lagi, apa lagi selain itu? Rasulullah s.a.w bersabda: berbakti kepada orang tua. Aku tanya lagi, apa lagi. Jawab baginda: Jihad di jalan ALLAH." (Hadis riwayat imam al-Bukhari dan Muslim) .
Kalau korang dah berkahwin wajib korang sayang mak and mother in law sama je layanan, jangan ada perbezaan dari layanan mahu pun apa jua dari segenap segi. Kalau layanan yang tak adil membuatkan sebelah pihak lagi akan wujud rasa "kecil hati", maka akan terjadi beberapa perkara yang kurang "senang".
Ok, for sure bila kita tanya kat kaum-kaum hawa kat luar sana, semua taknak kahwin dengan "anak mak". Kenapa? takut nanti susah la, bila kahwin pun stay kena dengar cakap mak, nak duduk bawah ketia mak and takut mak campur tangan dalam rumahtangga. Setiap masalah ada jalan selesainya, kalau korang dalam masalah ini, korang kena pandai melayani setiap karenah ibu mertua anda dengan bijak walaupun tak seindah yang dibayangkan.
Janji ALLAH itu pasti, janji manusia ja belum pasti hehe. Sabda Rasulullah s.aw "sesiapa yang mahu rezekinya diluaskan dan usia dipanjangkan, hendaklah dijaga hubungan silaturahim". (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim). Ramai sangat sekarang bila dah besar, dah ada keja hebat, kereta besar tapi tak sempat nak jaga parents, last-last hantar kat rumah orang tua-tua. Mana nak datangnya berkat rezeki korang. Kalau dulu masa korang kecik-kecik ada tak mak korang abaikan korang? takde kan, selagi mampu, selagi terdaya diorang akan pastikan korang happy.
Dulu masa kecik-kecik, time kelas agama je, kalau ustaz/ustazah tanya sapa nak masuk syurga angkat tangan *termasuk dengan aku la*. Hehe, aku masih ingat lagi nama ustazah aku ustazah Marzihah. Garang sangat-sangat. Kalu ada je kelas Agama semua mesti sneyap je, nak angakt kepala pun takut haha. Betapa takutnya semua student kat ustazah Marzihah. Terima kasih ustazah kerana mendidik kami menjadi insan yang berguna.
Jika seorang anak mengharapkan syurga ALLAH, dia wajib menerima kedua orang tuanya sebagai syarat mendapat syurga. Ibu dan bapa adalah amanah untuk kita menjaga mereka ketika tua kelak. Sanggup kah kita melihat mereka ditinggalkan di rumah orang tua-tua atau ditinggalkan di rumah sendirian, sedangkan kita berseronok diluar, makan di hotel 5 star, sedang ibu atau ayah kita makan atau tidak dirumah. Kesihatan mereka dirumah sihat atau tidak, keperluan harian mereka. Usahlah membuang masa, pulanglah melihat mereka dan membuat mereka gembira dari kita hilang mereka untuk selama-lamanya.
Bukan senang kita nak jadi senang, perlukan pengorbanan dalam setiap sudut. Kita sebagai anak perlukan restu dari seorang Ibu. Doa seorang adalah doa yang paling mustajab. Jadilah anak yang soleh dan soleh, anak yang sejuk hati parents korang ok.
p/s: Kasih sayang parents takde jual kat pasaraya ok. Renungkan2 lah. Thank you for reading :-). Zz
Thursday, November 27, 2014
Review Cala Qisya.
Assalamualaikum.
To be honest aku bukan lah kaki shopping dekat internet nie. Aku nie agak cerewet sikit dalam bab2 pemilihan pakaian nie. Kalau nak beli sehelai baju pun aku akan berjam-jam pilih. haha. Itu lah aku *Zarra zulaikha*.
Tapi semenjak aku ada instagram nie, aku rajin pulak dok follow kedai-kedai online nie. OMG apa *what wrong with me*. Kenapa aku jadi macam kemaruk sangat dengan kedai-kedai online nie, boleh dikatakan the most yang aku follow pasal kedai or butik online haha. *Tu kan dah kena panahan kedai dan butik-butik online*. Aneh.
Walaupun aneh, pelik namun ia adalah benar. Aku sekarang kalau bangun je tidur mesti bukak IG dulu. Kalau zaman study dulu jangan harap la. Bangun je tidur terus mandi then pergi kelas tak de masa nak IG bagai nie.
Ok, kata orang kalau kita tak kenal maka tak cinta. Sapa setuju?. I admit yg aku dah fallen in love dengan satu butik online nie. Cala qisya. Korang pernah dengar nama butik nie??.
Ok meh sini cek nak review sikit pasal Butik Cala qisya nie. Butik nie,salah satu butik online yang aku bagi lima bintang. Kenapa? Sebab diorang nie dah berjaya. Kalau korang pun salah satu followers IG diorang korang mesti tengok koleksi jubah-jubah moden di Cala qisya. Followers dekat IG jangan cakap la memang banyak mak aiii.
Butik Cala qisya menjual pelbagai jenis jubah moden. Antaranya ialah Aina Maxxi Dress, Sumayyah jubah, Zarra instant shawl pun ada, Zulaikha jubah dan banyak lagi. Korang godek sendiri la. Yang bertambah aku suka sebab ada nama aku hehe. *perasan jap*
Salah satu koleksi Jubah zulaikha yang ada di Butik Cala qisya :-)
Instant zarra shawl :-)
Kalau tak sesuai untuk semua jenis lapisan umur tak kan la Butik Cala qisya nie nak famous kan? Jubah moden yang dijual di butik Cala qisya nie sangat-sangat la sesuai untuk semua jenis lapisan umur tak kira muda atau "orang lama" hehe.
Ok, cakap bab harga pulak. Adoiii rasa macam nak terkeluar bijik mata eden nie. Harga jubah-jubah dekat butik Cala qisya nie sangat la murah dan berpatutan plus mutu kain yang diorang guna nie pun sangat high quality ok. Mana nak cari harga murah tapi kain sangat selesa bila dipakai dekat sini la di Butik Cala qisya. Tahniah owner Butik Cala qisya atas penghasilan jubah-jubah moden yang bermutu tinggi.
Rasanya yang tu je kot dulu. Cek nak p sambung tengok IG butik nie lagi mana taw kot-kot ada sales. Haha.. Korang boleh godek-godek sendiri kalau nak taw segala maklumat pasal Butik nie di
Enjoy your shopping :-)
p/s : Jika anda rasa maklumat ini penting dan sangat berguna, dipersilakan untuk share dengan rakan-rakan anda. Terima kasih :-). Zz
Wednesday, November 26, 2014
I'm Zarra zulaikha.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, akhirnya tercapai satu lagi hajat aku. Hajat apa?? Nie haa hajat nak buat blog. Nampak tak aku nie sebenarnya dah ketinggalan zaman la. Orang lain dah boleh merangkak, aku baru boleh meniarap. "papatah apa nie". Hentam je la.
Semenjak aku dah habis study nie kan. Kebosanan melanda hidup ku. Wahh, dulu time study memang aku super busy. Sampai mak aku kata, yang aku nie busy mengalahkan PM...oh tapi memang aku busy. *betul tak tipu*
Ok, disebabkan minat aku yang mendalam kepada penulisan. So, aku decide nak create satu blog. Kat dalam blog nie, akan aku update semua aktiviti, perjalanan, suka duka life aku. Kalau dulu masa study, setiap kali nak buat assigment mesti aku suka..haha kenapa?? sebab aku suka menaip. Ntah kenapa, tapi aku memang suka. *ok dah stop merepek zarra*
Straight to the point, Hari nie aku nak update pasal hobi. Korang ada hobi? of course la ada kan. Kalau yang tak da hobi tu, cari-cari la hobi yang sesuai dengan korang. Semenjak meningkat dewasa, kalau rasa bosan je mesti nak buat perkara yang berfaedah contoh macam memasak and tanam bunga. Agak pelik, sebab sebelum nie aku memang jarang-jarang sekali masuk dapur *alasan busy study* haha.
Setelah berjaya menghabiskan study aku. Aku diberikan cuti panjang. Rasa macam dunia kian bersinar *kenapa* ting tong. Terharu sangat macam nak nagis *waaaa* sebab tak pernah nak dapat cuti panjang kecuali after SPM hari tu kot 3bulan cuti best gila...
Nikmatnya cuti aku dapat nie tak boleh ku ungkap dengan kata-kata. Rasa pelik pun ada jugak, sebab selalu aku tido lewat, sempat tidur pun dalam 4 5 jam, lepas tu dah kena bangun nak g kelas. Tapi sekarang tidak lagi..yahoooo, aku dapat tidur dengan nyeyak tak payah nak pikir pasal nak g kelas esok bagai. *bukan malas ok*. Selain tu, aku dapat rasa nikmatnya tidur awal dan bangun awal. Ok info sikit, manusia perlukan rest yang cukup selama 8jam untuk badan kita.
Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Aku dibesarkan di dalam keluarga yang baik and syukur i am surrounded positive friends. Rasa syukur sangat pada mu Ya Allah kerana pinjamkan keluarga dan kawan yang sangat baik untuk ku. Tiada apa kupinta kecuali panjangkan kasih sayang di antara kami until jannah. Amin. Aku ingin memperbaiki segala kelemahan yang ada pada diriku, Insyallah segala kekurangan yang ada akan aku perbaiki. Doakan aku.
Back to the story, terima lah blog aku yang serba kekurangan. Segala kelemahan atau kesilapan penulisan aku, korang boleh tegur ok. Semoga kita sama2 perbaiki segala kelemahan yang ada. Sharing is caring :- )
Salam Manis dari Zarra.
Take care, tata..
See u next entry.
Note: Kita hamba yang lemah, Hanya pada ALLAH kita memohon. Dekatkan diri kita kepadanya, semoga life more better. - Zz.
Subscribe to:
Posts (Atom)