Thursday, December 4, 2014

Keputusan Final Anugerah juara lagu 2015 tidak adil


Assalamualaikum.

Sebenarnya, sebelum nie aku memang jarang sangat dan memang tak suka tengok AJL. Tak kisah la yang berapa kali AJL pun memang aku tak join langsung. Tak boleh blahhh dengan jiwa aku.

Yang boleh aku terjebak nak tengok AJL nie, bila aku habis study baru nie. Aku bosan sangat tak taw nak buat pa, so kat rumah aku semua orang nak tengok AJL. Arggghh tension aku! Tanpa aku rela, aku pun join la. Secara kebetulan minggu ke - 2, lagu yang bertanding pun not bad la.

Alang2 dah tengok minggu ke-2, aku terus la tunggu sampai minggu akhir, sebab minggu ke-3 (akhir), baru boleh taw sapa yang dapat masuk Final AJL 2015. Dengan penuh debaran aku menanti. Fuhhh!!*lap peluh sikit*.

Hampa:-(. Aku memang tak paham dengan cara juri2 AJL buat pemilihan untuk lagu yang masuk final. Mostly, semua lagu kurang menarik. Cuma ada 2, 3 lagu yang ok ja. Aku lagi bertambah frust bila fyn jamal, lagu "Arjuna Beta", tak layak untuk masuk final AJL 2015. 

Ya ALLAH, lagu punya la sedap. Persembahan memang menarik, menusuk jiwa, tapi masih tak layak. Apa yang juri2 AJL nak sebenarnya? Kateria yang macam mana diorang perlukan?. Rasa memang tak puas hati. Ini tidak adil, tidak adil bagi fyn jamal. Corak persembahan, suara yang memukau, lirik lagu yang membawa maksud mendalam pun tak berjaya lagi. Teruk sangat budaya muzik tanah air kita nie. Memang aku setuju dengan penyanyi rock Malaysia Awie yang mempertikaikan cara pengudian AJL. 

Memang patut pun Yuna keluar dari Malaysia untuk cari market antarabangsa, sebab industri muzik tanah air tak boleh nak Blahh. Terlalu banyak kontraversi. Semua benda nak buat, semua tak kena plus masyarakat yang masih berpikiran cetak, setelah dicampur tolak bahagi darab semua dengan RASUAH. 

Apa yang aku tengok, kalau muka cantik, handsome walaupun tak dak kualiti, tak boleh nyanyi langsung pun boleh masuk dalam industri muzik tanah air. Sudah tiba masa untuk berubah. Jangan jadi macam "katak bawah tempurung". Langsung tak de perubahan.


Note: Belajar untuk menghargai permata yang ada didalam tangan kita, sebelum ia nya hilang.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen di blog Zarra. Zarra hargai setiap komen dan nasihat yang diberikan.