Assalamualaikum.
Hi korang, how are you? Im doing fine.. as long as I'm home, I will be fine hehe. Aku baru je habis study, kebosanan melanda hidup ku ini. Aku perlukan aktiviti yang boleh hilangkan boring aku nie. Macam biasa la aku buat, masuk bilik bukak kipas lelaju, rasa macam nak tercabut kipas tu *nak bukak aircond tapi takde* kipas pun jadi la. Syukur Alhamdullilah. Apa lagi, seperti biasa, aku curi buku majalah mingguan wanita mak, then terus baring atas katil sambil belek-belek cerita sengsasi dalam buku nie. Haha.
Dalam aku dok kodek-kodek, aku terperasaan satu tajuk nie. Best jugak la. aku baca je la, rasa macam nak leleh airmata beb!!waaaa *bergenang airmata aku*. Ok. korang wajib baca entry nie sampai habis wokey.
Ok, straight to the point, dunia zaman sekarang ramai sangat orang tak bahgaia bila kahwin, kalo bahagia pun sekejap je, lepas tu dah nak jadi huru hara kan. kenapa? mungkin jodoh tak panjang. Kalau kita nak kahwin, mesti kena kenal dulu hati budi pasangan, kalau tak tak nak kahwin. Korang bayangkan orang dulu-dulu kahwin, rasanya jodoh dari parents diorang je. Takde nya nak kenal-kenal macam zaman sekarang nie. Kalau nak keluar date pun susah nie kan nak keluar tgk wayang *ada wayang ke zaman dulu*. Haha.
Kenapa orang dulu kahwin sampai berpuluh tahun kekal bahagia. Jeless je kita tengok kan sebab utama ialah Berkat dari ibu-bapa. Keberkatan parents kita amat penting, so korang yang ada hajat nak kahwin lari kat Siam atau Lombok ke, baik padam terus dari pikiran korang.
Berbuat baik kepada mereka punca datangnya rahmat ALLAH. Hadis Nabi ada menyatakan
"Aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w amal apakah yang paling dicintai Allah SWT? Rasulullah s.a.w bersabda : solat tepat pada waktunya. Kemudian aku bertanya lagi, apa lagi selain itu? Rasulullah s.a.w bersabda: berbakti kepada orang tua. Aku tanya lagi, apa lagi. Jawab baginda: Jihad di jalan ALLAH." (Hadis riwayat imam al-Bukhari dan Muslim) .
Kalau korang dah berkahwin wajib korang sayang mak and mother in law sama je layanan, jangan ada perbezaan dari layanan mahu pun apa jua dari segenap segi. Kalau layanan yang tak adil membuatkan sebelah pihak lagi akan wujud rasa "kecil hati", maka akan terjadi beberapa perkara yang kurang "senang".
Ok, for sure bila kita tanya kat kaum-kaum hawa kat luar sana, semua taknak kahwin dengan "anak mak". Kenapa? takut nanti susah la, bila kahwin pun stay kena dengar cakap mak, nak duduk bawah ketia mak and takut mak campur tangan dalam rumahtangga. Setiap masalah ada jalan selesainya, kalau korang dalam masalah ini, korang kena pandai melayani setiap karenah ibu mertua anda dengan bijak walaupun tak seindah yang dibayangkan.
Janji ALLAH itu pasti, janji manusia ja belum pasti hehe. Sabda Rasulullah s.aw "sesiapa yang mahu rezekinya diluaskan dan usia dipanjangkan, hendaklah dijaga hubungan silaturahim". (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim). Ramai sangat sekarang bila dah besar, dah ada keja hebat, kereta besar tapi tak sempat nak jaga parents, last-last hantar kat rumah orang tua-tua. Mana nak datangnya berkat rezeki korang. Kalau dulu masa korang kecik-kecik ada tak mak korang abaikan korang? takde kan, selagi mampu, selagi terdaya diorang akan pastikan korang happy.
Dulu masa kecik-kecik, time kelas agama je, kalau ustaz/ustazah tanya sapa nak masuk syurga angkat tangan *termasuk dengan aku la*. Hehe, aku masih ingat lagi nama ustazah aku ustazah Marzihah. Garang sangat-sangat. Kalu ada je kelas Agama semua mesti sneyap je, nak angakt kepala pun takut haha. Betapa takutnya semua student kat ustazah Marzihah. Terima kasih ustazah kerana mendidik kami menjadi insan yang berguna.
Jika seorang anak mengharapkan syurga ALLAH, dia wajib menerima kedua orang tuanya sebagai syarat mendapat syurga. Ibu dan bapa adalah amanah untuk kita menjaga mereka ketika tua kelak. Sanggup kah kita melihat mereka ditinggalkan di rumah orang tua-tua atau ditinggalkan di rumah sendirian, sedangkan kita berseronok diluar, makan di hotel 5 star, sedang ibu atau ayah kita makan atau tidak dirumah. Kesihatan mereka dirumah sihat atau tidak, keperluan harian mereka. Usahlah membuang masa, pulanglah melihat mereka dan membuat mereka gembira dari kita hilang mereka untuk selama-lamanya.
Bukan senang kita nak jadi senang, perlukan pengorbanan dalam setiap sudut. Kita sebagai anak perlukan restu dari seorang Ibu. Doa seorang adalah doa yang paling mustajab. Jadilah anak yang soleh dan soleh, anak yang sejuk hati parents korang ok.
p/s: Kasih sayang parents takde jual kat pasaraya ok. Renungkan2 lah. Thank you for reading :-). Zz
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi komen di blog Zarra. Zarra hargai setiap komen dan nasihat yang diberikan.