Monday, January 19, 2015

Resepi Puding Susu Buah-Buahan

Assalamualaikum semua.

Dah lama tak share dengan korang resepi baru kan? Haha biasa la aku, kalau orang tanya kenapa? jawapan aku sama je Sibuk. Sibuk apa????Kau dah habis study la...sibuk qada Tidur haha (jawapan selamat).

Meh-meh sini semua anak-anak dara kat luar sana tu, kalau rasa nak kahwin korang kena belajar masak ok. Kalau tak tahu banyak pun, at least kena tahu buat puding pun takpe. Nanti tak le malu dengan mak metua. Hari nie, kak zarra ajar korang masak puding susu buah-buahan ok :-)

Bahan-bahan ( 1 loyang besar )
* 1 paket serbuk agar2 (11gm)
* 2 biji telur
* 4 cawan air * 1/2 tin susu cair * 1 cawan gula * 2-3 sudu besar tepung kastad * 1 tin fruit cocktail

Cara - Cara Membuat :
1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
2. Pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
3. Bila campuran agar-agar larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
4. Masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.

Untuk kuah campurkan 300ml susu, air dari buah koktel, 2 sudu gula dan 1 sudu tepung kastad. campurkan sahaja dan disimpan di dalam peti sejuk.


Selamat mencuba. :-) xoxo.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen di blog Zarra. Zarra hargai setiap komen dan nasihat yang diberikan.