Assalamualaikum.
Masa aku study dulu ramai sangat kawan-kawan aku ada migrain. Alhamdulillah aku, bukan tergolong dalam pesakit "migrain". Malas nak intro panjang-panjang. Hari nie rasa nak share dengan korang semua satu tips untuk elak migrain, aku dapat sumber maklumat dalam buku majalah wanita. Haha. Bukan buku aku pun, tapi aku pinjam buku mak aku. Belum masanya lagi kot aku nak ada koleksi buku-buku majalah mingguan wanita. Haha *perasan lebih*.
Migrain adalah salah satu penyakit yang dihidapai ramai orang, terutamanya kaum "wanita". Nampak sangat kaum wanita nie banyak stress. Punca nak dapat migrain nie banyak, antaranya ialah bunyi bising di persekitaran kita atau pun dari cahaya. Migrain dikategori, sakit kepala sebelah dan berdenyut-denyut yang sangat kuat. Antara tips yang korang boleh amalkan untuk elak dapat migrain ialah:
Migrain adalah salah satu penyakit yang dihidapai ramai orang, terutamanya kaum "wanita". Nampak sangat kaum wanita nie banyak stress. Punca nak dapat migrain nie banyak, antaranya ialah bunyi bising di persekitaran kita atau pun dari cahaya. Migrain dikategori, sakit kepala sebelah dan berdenyut-denyut yang sangat kuat. Antara tips yang korang boleh amalkan untuk elak dapat migrain ialah:
- Senaman ringan. Jangan malas nak senaman ok, sebab tu la, ramai sangat orang kata walau sibuk macam mana pun kita nie, luangkan masa dalam 30 minit untuk buat senaman. Kalau malas sangat nak buat senaman, segan nak pergi jogging sebab tak da kawan *macam aku nie*, korang boleh jugak buat apa-apa aktiviti yang boleh bagi keluar peluh, tak kisah la aktiviti apa pun asal kan tubuh badan anda sihat dan minda yang cegas. Hal ini boleh menurunkan kadar anda untuk dapat migrain rendah :-)
- Sekarang nie kan cuaca Negara kita tak menentu so, korang jangan biarkan diri tu "berjemur" sangat tengah panas, kalau boleh elakan kan ok.
- Jangan skip waktu makan. Kalau sapa-sapa yang tengah diet tu, korang boleh go on dengan korang punya diet tapi, jangan sesekali korang skip makan. Korang tetap dan wajib makan on time tapi ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit. Perut yang kosong boleh meningkatkan kadar yang tinggi untuk dapat migrain tau.
- Jangan terlalu stress. Kalau rasa diri dah hampir-hampir stress, buatlah aktiviti apa yang boleh redakan stress. Kalau aku cara nak hilangkan stress pergi window shopping, terapi mata dan minda :-)
- Senyum selalu. Senyum boleh membuatkan kita kurang dapat stress dan kurang resiko nak dapat migrain . *Tips aku sendiri*. :-)
Note: Perkataan migrain berasal daripada istilah Yunani iaitu Hemicrania iaitu hemi bermaksud setengah, manakala cranium pula membawa maksud tengkorak kepala. Menurut kajian, penyakit yang kerap dialami ini sebenarnya jika serius boleh membawa kepada serangan sakit jantung, darah tinggi dan jugak strok. Zz
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi komen di blog Zarra. Zarra hargai setiap komen dan nasihat yang diberikan.