Assalamulaikum.
Sapa setuju dengan aku yang instinct perempuan nie lebih kuat dari kaum adam. Kalau nak cakap pasal perempuan nie sampai esok pun takkan habis. Sebut pasal
kaum hawa nie, mesti ramai orang senyum je. “senyum kucing”. Allah jadikan kaum
hawa penuh dengan seribu satu misteri. Kalau nak sebut pasal perangai orang
perempuan nie memang susah, banyak karenah. “macam aku. Haha.
Malas nak intro
panjang-panjang. Sapa setuju dengan aku, yang kaum kita nie(hawa) ada
‘instinct’ yang kuat? Memang betul, perempuan nie famous dengan perasaan
dalaman yang sangat kuat. So, kaum-kaum laki nie jangan rasa bangga dengan diri
korang yang sudah cukup licik, bijak dan strategic dalam sembunyikan rahsia.
Aku pu tak tahu
kenapa rasa nak update sangat cita pasal nie. Idea datang masa aku
baring-baring atas katil. Memang aku macam tu, kalau nak cari idea mesti kena
sunyi dan baring. Haha. Yesss aku seorang yang kuat berangan. Haha. ‘jangan
gelak ok’.
Aku memang suka lepak dengan orang yang banyak pengalaman terutama kaum 'mak-mak'. Banyak ilmu yang kita dapat plus boleh dengar gosip. Dari pengalaman aku sendiri, instinct perempuan nie lebih tepat berbanding dengan lelaki.
Dulu, masa aku study aku selalu ada instinct haha. Kurniaan ALLAH pada aku. Syukur Alhamdulillah. Apa yang aku rasa mesti lebih kurang tepat. Pernah satu ketika. Cewwah dah nak mula cerita nie, aku lepak la dengan senior aku kat kantin sambil makan-makan. Senior aku buka cerita pasal bf dia.
Senior gf aku nie tak pernah call bf dia time bf dia keja. Takut ganggu, perempuan penuh dengan sifat prihatin. Ada satu hari tu senior aku nie tergerak hati nak call bf dia time keja, then dia call la tanya bf dia kat mana? busy ke hari nie. Padahal time tu bf dia keluar makan dgn ex gf dia. Haha. Kantoi "terjun bangunan la jawab dia". Padan muka kau gatal sangat.
Dari cerita tu, memang dah nampak yang kaum hawa nie, ALLAH bagi kelebihan melalui instinct yang kuat, tambah-tambah pada kaum isteri. Kadang-kadang si isteri nie tak nak kecoh-kecoh dalam bab-bab yang tertentu. Selagi boleh sabar dia akan sabar, kalau dah tak boleh sabar baru akan 'jadi gunung berapi'. Lagi satu si isteri nie akan fikir panjang, kalau buat kecoh nanti buruk padahnya, fikir pasal anak-anak lagi, last-last diri sendiri kena tanggung. Hebat kan.
Tu je kot aku nak share. Kepada kaum lelaki, berwaspada lah kepada kaum hawa.
Note: Sikap jujur dan amanah adalah sikap yang paling mulia. Buang sikap yang tidak elok dalam diri kita supaya kita menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan. Zz
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi komen di blog Zarra. Zarra hargai setiap komen dan nasihat yang diberikan.