Sunday, November 30, 2014

Harga Minyak Turun, tapi masih membebankan rakyat!!!


Assalamualaikum.

To be honest, dulu aku memang jarang sangat ambil tahu pasal harga petrol, harga barang runcit ke apa yang berkaitan. Sebab rasa tak penting. 

Tapi kenapa sekarang aku perlu ambil tahu??? Sebab aku sudah mula dewasa, rasa dah dapat pikir yang mana baik dan yang mana tak baik. Dulu sebelum aku pakai kereta, rasa tak de beban nak isi minyak nie, pasal aku guna pengangkutan awam je, bayar tambang terus boleh jalan, tapi sekarang baru aku dapat rasa apa yang orang lain rasa *padam muka kau Zarra*.

Bila dah start pakai kereta sendiri nie, bila harga minyak naik je, rasa macam nak bergegar je otak aku nie, nak kena badjet duit nak isi minyak kereta la, nak makan lagi, nak beli barang keperluan lagi plus kalau dah kawin kena pikirkan susu anak lagi. Ohhhh memang tak cukup. 

Ini ke maksud kerajaan"RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN" ?. Aku rasa macam dah terpesong diorang punya slogan kata tu dah jadi macam "Kerajaan di dahulukan, Rakyat disisihkan".

Harga minyak Ron 95, Ron 97 dan Diesel akan diturunkan mulai 1 Disember. Jumlah penurunan harga minyak bagi Ron 95 ialah sebanyak 4 sen, Ron 97 sebanyak 9 sen, manakala harga untuk  Diesel akan naik sebanyak 3 sen." Sick".


Surat pekeliling harga minyak mulai 1 Disember ini.

Permainan kerajaan, nak bagi rakyat tutup mulut dari asyik dok bising pasal harga minyak, kerajaan turun kan harga minyak, tapi yang lagi pelik tu bila kerajaan naik kan harga minyak berpuluh-puluh sen, tapi bila nak turun harga minyak sen-sen je kerajaan bagi. Wajar ke korang rasa? Mesti ramai yang complain, harga minyak turun pun bising, harga minyak naik pun bising. Bukan nak bising ke apa cuma kami mahukan kerajaan pikir apa maksud slogan kata yang kerajaan tetapkan tu. Jadilah pemimpin yang
"berprikemanusiaan".

Aku memang pelik, sepatutnya harga minyak bukanlah menjadi isu yang besar dalam Negara kita. Kenapa? sebab Negara kita pengeluar dan pengimport minyak sepatutnya isu harga minyak perlu diselesaikan dengan bijak. "Jangan terlalu mementingkan orang lain sedangkan rakyat sendiri di anak tirikan". Memang tak masuk akal.


Kata nak jadi Negara maju tahun 2020. Kalau macam nie la gaya dan corak kepimpinan kerajaan tak kan ada kemajuan. Orang yang kaya tetap akan kaya, orang yang miskin tetap akan miskin. Konsep yang kerajaan terapkan pada rakyat adalah "KONSEP PENINDASAN". Korang boleh pikir mana yang terbaik, buatlah keputusan yang akan memberikan manfaat untuk kita bersama. Jangan ada sifat tamak dalam diri kita, kerana sifat tamak adalah sifat syaitan.
Note : Dunia akhir zaman berlakunya penindasan terhadap kaum yang lemah. Bangun lah anak muda untuk tegakkan keadilan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen di blog Zarra. Zarra hargai setiap komen dan nasihat yang diberikan.