Wednesday, November 26, 2014

I'm Zarra zulaikha.


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya tercapai satu lagi hajat aku. Hajat apa?? Nie haa hajat nak buat blog. Nampak tak aku nie sebenarnya dah ketinggalan zaman la. Orang lain dah boleh merangkak, aku baru boleh meniarap. "papatah apa nie". Hentam je la.

Semenjak aku dah habis study nie kan. Kebosanan melanda hidup ku. Wahh, dulu time study memang aku super busy. Sampai mak aku kata, yang aku nie busy mengalahkan PM...oh tapi memang aku busy. *betul tak tipu*

Ok, disebabkan minat aku yang mendalam kepada penulisan. So, aku decide nak create satu blog. Kat dalam blog nie, akan aku update semua aktiviti, perjalanan, suka duka life aku. Kalau dulu masa study, setiap kali nak buat assigment mesti aku suka..haha kenapa?? sebab aku suka menaip. Ntah kenapa, tapi aku memang suka. *ok dah stop merepek zarra*

Straight to the point, Hari nie aku nak update pasal hobi. Korang ada hobi? of course la ada kan. Kalau yang tak da hobi tu, cari-cari la hobi yang sesuai dengan korang. Semenjak meningkat dewasa, kalau rasa bosan je mesti nak buat perkara yang berfaedah contoh macam memasak and tanam bunga. Agak pelik, sebab sebelum nie aku memang jarang-jarang sekali masuk dapur *alasan busy study* haha. 

Setelah berjaya menghabiskan study aku. Aku diberikan cuti panjang. Rasa macam dunia kian bersinar *kenapa* ting tong. Terharu sangat macam nak nagis *waaaa* sebab tak pernah nak dapat cuti panjang kecuali after SPM hari tu kot 3bulan cuti best gila...

Nikmatnya cuti aku dapat nie tak boleh ku ungkap dengan kata-kata. Rasa pelik pun ada jugak, sebab selalu aku tido lewat, sempat tidur pun dalam 4 5 jam, lepas tu dah kena bangun nak g kelas. Tapi sekarang tidak lagi..yahoooo, aku dapat tidur dengan nyeyak tak payah nak pikir pasal nak g kelas esok bagai. *bukan malas ok*. Selain tu, aku dapat rasa nikmatnya tidur awal dan bangun awal. Ok info sikit, manusia perlukan rest yang cukup selama 8jam untuk badan kita. 

Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Aku dibesarkan di dalam keluarga yang baik and syukur i am surrounded positive friends. Rasa syukur sangat pada mu Ya Allah kerana pinjamkan keluarga dan kawan yang sangat baik untuk ku. Tiada apa kupinta kecuali panjangkan kasih sayang di antara kami until jannah. Amin. Aku ingin memperbaiki segala kelemahan yang ada pada diriku, Insyallah segala kekurangan yang ada akan aku perbaiki. Doakan aku.

Back to the story, terima lah blog aku yang serba kekurangan. Segala kelemahan atau kesilapan penulisan aku, korang boleh tegur ok. Semoga kita sama2 perbaiki segala kelemahan yang ada. Sharing is caring :- )

Salam Manis dari Zarra.

Take care, tata..

See u next entry.


Note: Kita hamba yang lemah, Hanya pada ALLAH kita memohon. Dekatkan diri kita kepadanya, semoga life more better. - Zz.



  

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen di blog Zarra. Zarra hargai setiap komen dan nasihat yang diberikan.