Sunday, December 28, 2014
Ayam masak sebuli bali
Assalamualaikum.
Hari nie, mood aku agak baik. Nak kata aku nie rajin tak lah jugak, kadang2 tu terlajak tidur sampai pukul 9 haha. Biasa la budak baru habis belajar macam tu la gamaknya balas dendam sebab masa study dulu tak boleh nak tidur lama2. Sengsara oiii.
Aku kalau masuk dapur memang macam-macam nak masak, tapi hampeh. Haha.
Adik beli barang macam-macam konon nak masak la, nak try resepi baru tapi dok berkerat dalam peti ais tu la.
Tu baru mukadimah je, belum lagi mak aku jerit bising kat aku. Tapi aku pekak je telinga aku nie. Haha biasa la tu, mak aku nak aku nie teror masak. Memang betul aku, mengaku yang aku tak pandai masak. Setakat nak goreng telur boleh la. Haha tapi aku belajar ok. Dah ok nak cerita resepi. Aku lupa aku copy resepi nie dari mana haha tapi memang sedap aku dah try 2 kali, semua family aku suka dan lulus dengan cemerlang. Terima kasih Tuan resepi.
Resepi ayam masak sebuli bali.( kenapa nama dia pelik? aku pun tak tahu.)
Bahan-bahan.
1- Ayam
2- Santan
3- Kerisik
4- Bawang merah 3 biji, Bawang putih 3 biji
5- Halia
6- Bunga lawang dan kulit kayu manis.
7- Cabai (cili) blender
8- Kicap
Method of cooking
Goreng ayam dan ketepikan. Tumbuk bawang merah, putih dan halia.
Tumiskan bahan yang di tumbuk tadi bersama kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau. Masukkan cabai blender dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan kicap dan tumis lagi. Masukkan santan dan kerisik masak sehingga kuah agak pekat (kalau suka kuah masukkan air sikit). Masukkan garam dan gula.
Masak sehingga mendidih dan masukkan ayam yang digoreng tadi. Masak sehingga kuah pekat dan sedia untuk di hidangkan.
Hiaskan dengan daun sup dan cili merah agar nampak cantik dan bangkit selera untuk makan.
Selamat mencuba. :-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi komen di blog Zarra. Zarra hargai setiap komen dan nasihat yang diberikan.