Wednesday, December 3, 2014

Punca-punca bibir kering dan merekah

Assalamualaikum

Entry nie di update jam 11.44pm. Hello korang dah tido ke? *mesti tengah nyenyak tidur tu*,arrggh jeles aku. Sebenarnya aku nak share dengan hampa semua pasal punca-punca yang boleh buat bibir hampa semua nie kering dan rosak. Please take note ok.
Oh, yes memandangkan malam nie aku tak boleh nak tidur, mata nie macam ada tongkat je, lagi aku nak pejam lagi sakit bijik mata aku nie *nangis beb*. Nie semua gara-gara aku terlebih layan drama melayu kat TV la nie. Ok, aku memang peminat tegar drama melayu wokey. So, kalau aku taw hampa semua ada yang asyik dok kutuk drama melayu nie tak best la, boring la. Please watch out!!!!*buat muka garang*.
Tengok aku dah lari niat nie, motif aku nak share punca bibir kering dan rosak tapi lain pulak jadinya. Haha aku pantang kalau cakap pasal drama-drama melayu nie. Aku anak melayu ok, mesti sokong drama-drama melayu, Citer mat2 sallleh nie memang aku reject habis-habisan. Haha.
Ok, dah stop membebel. Aku nak taip cepat-cepat entry nie sebelum idea aku melayang ke awan ke tujuh. Wow!!. Semalam aku ada share tips dengan hampa pasal tips untuk dapat bibir bak merah delima kan? So, malam nie hampa semua kena taw punca bibir hampa rosak. Antara punca-puncanya ialah:
  • Hampa terdedah dengan suhu dan cuaca yang sangat panas atau rendah. Keadaan ini akan menyebabkan bibir mudah kering plus, kalau hampa kurang minum air kosong bibir hampa semua akan jadi lebih teruk.
  • Hampa kalau tak mau bibir rosak dan kering kena rajin minum air kosong. Sekurang-kurangya 8 gelas sehari. Untuk first step, belajar la minum pagi dan petang and before tidur ok. Wajib taw.
  • Ini lagi satu penyebab besar untuk jadi bibir rosak dan kering. STRESS. Kalau hampa semua dalam keadaan stress, secara tidak langsung daya ketahanan tubuh badan hampa akan jadi rendah, maka hampa semua mudah dijangkiti kuman terutama pada bibir dan kulit.
  • Kalau sapa-sapa yang ada alahan pada makanan. please hampa kena beware ok kalau nak bibir hampa cantik dan seksi. Hehe, jangan makan dah makanan yang hampa tak boleh makan.Redo je la. :-(
  • Haaaa, nie lagi satu penting sangat. Kalau hampa nak beli apa-apa produk kecantikan, please hampa titik beratkan kandugan yang digunakan supaya bila di guna tidak menjejaskan kesihatan hampa terutama bibir mu.
  • Zaman sekarang nie, perokok semakin banyak tak kira la female or male. Dah sama banyak aku tengok. Sedih. Kepada kaum hawa tu, cuba2 la stop smoking ok. Kalau   korang teruskan tabiat merokok nie, bibir hampa akan jadi hitam dan tidak menarik.
Ok, lah xoxo. Take care. Aku tidur dulu, korang before tidur, jangan lupa kunci jam untuk bangun subuh esok ok. Selamat malam, sweet dream :-)
Note : Tak kisah la bibir korang hitam ke putih melepak ka, ALLAH tak pandang semua tu, Biar hati kita bersih dari segala hasad dengki dan benda yang tak baik. Bersihkan hati b4 tidur. Zz

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen di blog Zarra. Zarra hargai setiap komen dan nasihat yang diberikan.