Assalamualaikum.
Korang suka shopping online tak? "sapa suka angkat tangan". Dulu sebelum aku terjebak dalam dunia shopping online nie, duit memang boleh simpan. Haha. Tapi lepas dah masuk dalam "dunia" shopping online nie, mak aiiii..aku jadi seorang "pemboros". Semua nie gara-gara aku ikut perangai my best freind i la. (Aisya)
Zarra : Weyyyy, cantinya baju kau Aisya. Nak pinjam boleh ? hehe. Mana kau beli?
Aisya : Aku beli online. Kau tu, kalau aku pakai apa pun semua cantik jelessss ke? "tangan kat dada mata tengok atas"
Zarra : Boleh percaya ke beli online nie? Tak takut kena tipu ke?
Aisya : Tak la, lagi jimat kot beli online nie. Tak payah nak drive jauh-jauh, pilih je mana yang kau suka then terus beli. :-)
Kawan aku memang dia pembeli online yang tegar. Apa pun mesti nak beli online, sampaikan kalau boleh barang dapur or ikan pun nak beli on. Haha, besar betul pengaruh online kan?
Ok, dekat sini aku ada list kan kat korang kelebihan shopping online nie. Mesti baca semua sampai habis ok. Sayang korang . xoxo.
1. Jimat masa. Kalau yang super duper busy tu, korang memang sesuai sangat shopping online "macam aku" tapi korang kena pandai pilih website yang korang nak beli tu, jangan mudah tertipu ok. "Tipah tertipu bang".
2. Jimat minyak kereta. Haha yang part nie aku best sangat-sangat, sebab memang tak payah nak drive jauh-jauh, semata-mata untuk beli sehelai baju dan paling-paling aku suka boleh save minyak kereta yeaaaaaa. Dengan ekonomi sekarang nie, minyak kereta mahal, jalan terbaik ialah shopping online :-). Janji boleh shopping.
3. Tak payah redah jem. OMG, sapa yang duduk KL memang tahu sangat la, jem terlampau, sampaikan memang aku kalau weekend je memang malas nak keluar, serabut la weiii, berjam-jam dalam kereta. Tak suka!!!
4. Tak payah cari parking. Parking shopping complex area KL memang tak boleh blah weyyy. Aku tak sanggup. Weekend mesti parking penuh. Takkan la nak shopping kena keluar subuh kot. Oh no.
5. No need rushing. Aku paling tak tahan bila shopping dengan orang yang kelam kabut, tak boleh tahan dengan orang macam nie, kita baru je nak pilih, nak cuci mata tetiba dia ajak balik. Rasa macam nak bagi "pemanpar jepun ja". Haha.
6. Jimat tenaga. As ladies, kalau nak keluar je mesti nak kena bersiap bagai kan, nak make up la, nak iron baju, pakai tudung semua. Tu pun kalau mood tudung jadi elok, kalau time tudung tak jadi. Rasa macam nak tumbuk tudung tu. :-). Lagi satu boleh jimat alat make up haha. Suka-suka.
Kalau nak senaraikan kelebihan shopping online nie memang tak habis sampai esok. Malam nie kena tidur awal sebab esok aku ada keja. Haha. Korang fikir-fikir la yea kelebihan shopping online ok. Tapi satu je pesan aku, jangan gelojoh sangat nak beli online, please buat research dulu pasal website yang korang nak shopping tu, takut kena tipu nanti :-). Dah2 p tidur, jangan nak rasa ladies night sangat ok. Tidur awal, esok bangun solat subuh. Selamat malam korang. xoxo :-)
Note : Sifat membazir adalah amalan syaitan. Kikiskan dari dalam diri kita. Sematkan sifat yang baik dan mulia dalam diri kita. "peringatan untuk diri sendiri ".Zz
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi komen di blog Zarra. Zarra hargai setiap komen dan nasihat yang diberikan.