Sunday, November 30, 2014

Harga Minyak Turun, tapi masih membebankan rakyat!!!


Assalamualaikum.

To be honest, dulu aku memang jarang sangat ambil tahu pasal harga petrol, harga barang runcit ke apa yang berkaitan. Sebab rasa tak penting. 

Tapi kenapa sekarang aku perlu ambil tahu??? Sebab aku sudah mula dewasa, rasa dah dapat pikir yang mana baik dan yang mana tak baik. Dulu sebelum aku pakai kereta, rasa tak de beban nak isi minyak nie, pasal aku guna pengangkutan awam je, bayar tambang terus boleh jalan, tapi sekarang baru aku dapat rasa apa yang orang lain rasa *padam muka kau Zarra*.

Bila dah start pakai kereta sendiri nie, bila harga minyak naik je, rasa macam nak bergegar je otak aku nie, nak kena badjet duit nak isi minyak kereta la, nak makan lagi, nak beli barang keperluan lagi plus kalau dah kawin kena pikirkan susu anak lagi. Ohhhh memang tak cukup. 

Ini ke maksud kerajaan"RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN" ?. Aku rasa macam dah terpesong diorang punya slogan kata tu dah jadi macam "Kerajaan di dahulukan, Rakyat disisihkan".

Harga minyak Ron 95, Ron 97 dan Diesel akan diturunkan mulai 1 Disember. Jumlah penurunan harga minyak bagi Ron 95 ialah sebanyak 4 sen, Ron 97 sebanyak 9 sen, manakala harga untuk  Diesel akan naik sebanyak 3 sen." Sick".


Surat pekeliling harga minyak mulai 1 Disember ini.

Permainan kerajaan, nak bagi rakyat tutup mulut dari asyik dok bising pasal harga minyak, kerajaan turun kan harga minyak, tapi yang lagi pelik tu bila kerajaan naik kan harga minyak berpuluh-puluh sen, tapi bila nak turun harga minyak sen-sen je kerajaan bagi. Wajar ke korang rasa? Mesti ramai yang complain, harga minyak turun pun bising, harga minyak naik pun bising. Bukan nak bising ke apa cuma kami mahukan kerajaan pikir apa maksud slogan kata yang kerajaan tetapkan tu. Jadilah pemimpin yang
"berprikemanusiaan".

Aku memang pelik, sepatutnya harga minyak bukanlah menjadi isu yang besar dalam Negara kita. Kenapa? sebab Negara kita pengeluar dan pengimport minyak sepatutnya isu harga minyak perlu diselesaikan dengan bijak. "Jangan terlalu mementingkan orang lain sedangkan rakyat sendiri di anak tirikan". Memang tak masuk akal.


Kata nak jadi Negara maju tahun 2020. Kalau macam nie la gaya dan corak kepimpinan kerajaan tak kan ada kemajuan. Orang yang kaya tetap akan kaya, orang yang miskin tetap akan miskin. Konsep yang kerajaan terapkan pada rakyat adalah "KONSEP PENINDASAN". Korang boleh pikir mana yang terbaik, buatlah keputusan yang akan memberikan manfaat untuk kita bersama. Jangan ada sifat tamak dalam diri kita, kerana sifat tamak adalah sifat syaitan.
Note : Dunia akhir zaman berlakunya penindasan terhadap kaum yang lemah. Bangun lah anak muda untuk tegakkan keadilan.

Saturday, November 29, 2014

Facebook kick you out of your own account?


OMG facebook zarra kena block!!!!!!!!!!!!!!!!Arggghhhhh. Tension

Nie semua gara-gara facebook telah update dia punya terms and conditions baru-baru ni.

Guys.. you all tgk le. Bila Zarra nak claim balik facebook account Zarra, dorang minta confirm identity. At least, warning dulu le suruh letak nama betul ke, bukan tak boleh. You all tgk ni apa yg dia minta. At first dia nak zarra identify friend's pictures. Ada 3 steps. Mana le nak ingat. Friends zarra lebih 4K. Tak logik langsung. Pastu plak dia minta zarra confirm identity:

Confirm Your Identity

We need to confirm your identity and the authenticity of your account. Please provide the following information so we can investigate this further.
Please provide a copy of of your government-issued, photo ID. This ID must:
  • Be government-issued (ex: passport, driver's license)
  • Clearly show your name, picture and birthday
  • Be in color
Cover up any personal information we don't need to verify your identity (ex: address, license number). Learn more about why we require a copy of your ID and what types of ID we'll accept.
Bodoh betul. Kat dalam facebook ni bape kerat je yang guna nama betul. Even pakcik dan makcik pun guna nama glamour. Huhu..

Friday, November 28, 2014

Berkat sayang ibu rezeki suami murah.


Assalamualaikum.

Hi korang, how are you? Im doing fine.. as long as I'm home, I will be fine hehe. Aku baru je habis study, kebosanan melanda hidup ku ini. Aku perlukan aktiviti yang boleh hilangkan boring aku nie. Macam biasa la aku buat, masuk bilik bukak kipas lelaju, rasa macam nak tercabut kipas tu *nak bukak aircond tapi takde* kipas pun jadi la. Syukur Alhamdullilah. Apa lagi, seperti biasa, aku curi buku majalah mingguan wanita mak, then terus baring atas katil sambil belek-belek cerita sengsasi dalam buku nie. Haha. 

Dalam aku dok kodek-kodek, aku terperasaan satu tajuk nie. Best jugak la. aku baca je la, rasa macam nak leleh airmata beb!!waaaa *bergenang airmata aku*. Ok. korang wajib baca entry nie sampai habis wokey.

Ok, straight to the point, dunia zaman sekarang ramai sangat orang tak bahgaia bila kahwin, kalo bahagia pun sekejap je, lepas tu dah nak jadi huru hara kan. kenapa? mungkin jodoh tak panjang. Kalau kita nak kahwin, mesti kena kenal dulu hati budi pasangan, kalau tak tak nak kahwin. Korang bayangkan orang dulu-dulu kahwin, rasanya jodoh dari parents diorang je. Takde nya nak kenal-kenal macam zaman sekarang nie. Kalau nak keluar date pun susah nie kan nak keluar tgk wayang *ada wayang ke zaman dulu*. Haha.

Kenapa orang dulu kahwin sampai berpuluh tahun kekal bahagia. Jeless je kita tengok kan sebab utama ialah Berkat dari ibu-bapa. Keberkatan parents kita amat penting, so korang yang ada hajat nak kahwin lari kat Siam atau Lombok ke, baik padam terus dari pikiran korang. 

Berbuat baik kepada mereka punca datangnya rahmat ALLAH. Hadis Nabi ada menyatakan 
"Aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w amal apakah yang paling dicintai Allah SWT? Rasulullah s.a.w bersabda : solat tepat pada waktunya. Kemudian aku bertanya lagi, apa lagi selain itu? Rasulullah s.a.w bersabda: berbakti kepada orang tua. Aku tanya lagi, apa lagi. Jawab baginda: Jihad di jalan ALLAH." (Hadis riwayat imam al-Bukhari dan Muslim) .
 
Kalau korang dah berkahwin wajib korang sayang mak and mother in law sama je layanan, jangan ada perbezaan dari layanan mahu pun apa jua dari segenap segi. Kalau layanan yang tak adil membuatkan sebelah pihak lagi akan wujud rasa "kecil hati", maka akan terjadi beberapa perkara yang kurang "senang". 
 
Ok, for sure bila kita tanya kat kaum-kaum hawa kat luar sana, semua taknak kahwin dengan "anak mak". Kenapa? takut nanti susah la, bila kahwin pun stay kena dengar cakap mak, nak duduk bawah ketia mak and takut mak campur tangan dalam rumahtangga. Setiap masalah ada jalan selesainya, kalau korang dalam masalah ini, korang kena pandai melayani setiap karenah ibu mertua anda dengan bijak walaupun tak seindah yang dibayangkan. 
 
Janji ALLAH itu pasti, janji manusia ja belum pasti hehe. Sabda Rasulullah s.aw "sesiapa yang mahu rezekinya diluaskan dan usia dipanjangkan, hendaklah dijaga hubungan silaturahim". (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim). Ramai sangat sekarang bila dah besar, dah ada keja hebat, kereta besar tapi tak sempat nak jaga parents, last-last hantar kat rumah orang tua-tua. Mana nak datangnya berkat rezeki korang. Kalau dulu masa korang kecik-kecik ada tak mak korang abaikan korang? takde kan, selagi mampu, selagi terdaya diorang akan pastikan korang happy.
 
Dulu masa kecik-kecik, time kelas agama je, kalau ustaz/ustazah tanya sapa nak masuk syurga angkat tangan *termasuk dengan aku la*. Hehe, aku masih ingat lagi nama ustazah aku ustazah Marzihah. Garang sangat-sangat. Kalu ada je kelas Agama semua mesti sneyap je, nak angakt kepala pun takut haha. Betapa takutnya semua student kat ustazah Marzihah. Terima kasih ustazah kerana mendidik kami menjadi insan yang berguna.
 
Jika seorang anak mengharapkan syurga ALLAH, dia wajib menerima kedua orang tuanya sebagai syarat mendapat syurga. Ibu dan bapa adalah amanah untuk kita menjaga mereka ketika tua kelak. Sanggup kah kita melihat mereka ditinggalkan di rumah orang tua-tua atau ditinggalkan di rumah sendirian, sedangkan kita berseronok diluar, makan di hotel 5 star, sedang ibu atau ayah kita makan atau tidak dirumah. Kesihatan mereka dirumah sihat atau tidak, keperluan harian mereka. Usahlah membuang masa, pulanglah melihat mereka dan membuat mereka gembira dari kita hilang mereka untuk selama-lamanya.
 
Bukan senang kita nak jadi senang, perlukan pengorbanan dalam setiap sudut. Kita sebagai anak perlukan restu dari seorang Ibu. Doa seorang adalah doa yang paling mustajab. Jadilah anak yang soleh dan soleh, anak yang sejuk hati parents korang ok.
 
 
p/s: Kasih sayang parents takde jual kat pasaraya ok. Renungkan2 lah. Thank you for reading :-). Zz 
 
 
 
 
 

Thursday, November 27, 2014

Review Cala Qisya.


Assalamualaikum.

To be honest aku bukan lah kaki shopping dekat internet nie. Aku nie agak cerewet sikit dalam bab2 pemilihan pakaian nie. Kalau nak beli sehelai baju pun aku akan berjam-jam pilih. haha. Itu lah aku *Zarra zulaikha*.

Tapi semenjak aku ada instagram nie, aku rajin pulak dok follow kedai-kedai online nie. OMG apa *what wrong with me*. Kenapa aku jadi macam kemaruk sangat dengan kedai-kedai online nie, boleh dikatakan the most yang aku follow pasal kedai or butik online haha. *Tu kan dah kena panahan kedai dan butik-butik online*. Aneh.

Walaupun aneh, pelik namun ia adalah benar. Aku sekarang kalau bangun je tidur mesti bukak IG dulu. Kalau zaman study dulu jangan harap la. Bangun je tidur terus mandi then pergi kelas tak de masa nak IG bagai nie.

Ok, kata orang kalau kita tak kenal maka tak cinta. Sapa setuju?. I admit yg aku dah fallen in love dengan satu butik online nie. Cala qisya. Korang pernah dengar nama butik nie??.

Ok meh sini cek nak review sikit pasal Butik Cala qisya nie. Butik nie,salah satu butik online yang aku bagi lima bintang. Kenapa? Sebab diorang nie dah berjaya. Kalau korang pun salah satu followers IG diorang korang mesti tengok koleksi jubah-jubah moden di Cala qisya. Followers dekat IG jangan cakap la memang banyak mak aiii. 

Butik Cala qisya menjual pelbagai jenis jubah moden. Antaranya ialah Aina Maxxi Dress, Sumayyah jubah, Zarra instant shawl pun ada, Zulaikha jubah dan banyak lagi. Korang godek sendiri la. Yang bertambah aku suka sebab ada nama aku hehe. *perasan jap*

 Salah satu koleksi Jubah zulaikha yang ada di Butik Cala qisya :-)

Instant zarra shawl :-)

Kalau tak sesuai untuk semua jenis lapisan umur tak kan la Butik Cala qisya nie nak famous kan? Jubah moden yang dijual di butik Cala qisya nie sangat-sangat la sesuai untuk semua jenis lapisan umur tak kira muda atau "orang lama" hehe.

Ok, cakap bab harga pulak. Adoiii rasa macam nak terkeluar bijik mata eden nie. Harga jubah-jubah dekat butik Cala qisya nie sangat la murah dan berpatutan plus mutu kain yang diorang guna nie pun sangat high quality ok. Mana nak cari harga murah tapi kain sangat selesa bila dipakai dekat sini la di Butik Cala qisya. Tahniah owner Butik Cala qisya atas penghasilan jubah-jubah moden yang bermutu tinggi.

Rasanya yang tu je kot dulu. Cek nak p sambung tengok IG butik nie lagi mana taw kot-kot ada sales. Haha.. Korang boleh godek-godek sendiri kalau nak taw segala maklumat pasal Butik nie di

Enjoy your shopping :-)

p/s : Jika anda rasa maklumat ini penting dan sangat berguna, dipersilakan untuk share dengan rakan-rakan anda. Terima kasih :-). Zz



Wednesday, November 26, 2014

I'm Zarra zulaikha.


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya tercapai satu lagi hajat aku. Hajat apa?? Nie haa hajat nak buat blog. Nampak tak aku nie sebenarnya dah ketinggalan zaman la. Orang lain dah boleh merangkak, aku baru boleh meniarap. "papatah apa nie". Hentam je la.

Semenjak aku dah habis study nie kan. Kebosanan melanda hidup ku. Wahh, dulu time study memang aku super busy. Sampai mak aku kata, yang aku nie busy mengalahkan PM...oh tapi memang aku busy. *betul tak tipu*

Ok, disebabkan minat aku yang mendalam kepada penulisan. So, aku decide nak create satu blog. Kat dalam blog nie, akan aku update semua aktiviti, perjalanan, suka duka life aku. Kalau dulu masa study, setiap kali nak buat assigment mesti aku suka..haha kenapa?? sebab aku suka menaip. Ntah kenapa, tapi aku memang suka. *ok dah stop merepek zarra*

Straight to the point, Hari nie aku nak update pasal hobi. Korang ada hobi? of course la ada kan. Kalau yang tak da hobi tu, cari-cari la hobi yang sesuai dengan korang. Semenjak meningkat dewasa, kalau rasa bosan je mesti nak buat perkara yang berfaedah contoh macam memasak and tanam bunga. Agak pelik, sebab sebelum nie aku memang jarang-jarang sekali masuk dapur *alasan busy study* haha. 

Setelah berjaya menghabiskan study aku. Aku diberikan cuti panjang. Rasa macam dunia kian bersinar *kenapa* ting tong. Terharu sangat macam nak nagis *waaaa* sebab tak pernah nak dapat cuti panjang kecuali after SPM hari tu kot 3bulan cuti best gila...

Nikmatnya cuti aku dapat nie tak boleh ku ungkap dengan kata-kata. Rasa pelik pun ada jugak, sebab selalu aku tido lewat, sempat tidur pun dalam 4 5 jam, lepas tu dah kena bangun nak g kelas. Tapi sekarang tidak lagi..yahoooo, aku dapat tidur dengan nyeyak tak payah nak pikir pasal nak g kelas esok bagai. *bukan malas ok*. Selain tu, aku dapat rasa nikmatnya tidur awal dan bangun awal. Ok info sikit, manusia perlukan rest yang cukup selama 8jam untuk badan kita. 

Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Aku dibesarkan di dalam keluarga yang baik and syukur i am surrounded positive friends. Rasa syukur sangat pada mu Ya Allah kerana pinjamkan keluarga dan kawan yang sangat baik untuk ku. Tiada apa kupinta kecuali panjangkan kasih sayang di antara kami until jannah. Amin. Aku ingin memperbaiki segala kelemahan yang ada pada diriku, Insyallah segala kekurangan yang ada akan aku perbaiki. Doakan aku.

Back to the story, terima lah blog aku yang serba kekurangan. Segala kelemahan atau kesilapan penulisan aku, korang boleh tegur ok. Semoga kita sama2 perbaiki segala kelemahan yang ada. Sharing is caring :- )

Salam Manis dari Zarra.

Take care, tata..

See u next entry.


Note: Kita hamba yang lemah, Hanya pada ALLAH kita memohon. Dekatkan diri kita kepadanya, semoga life more better. - Zz.