Monday, January 19, 2015

Resepi Puding Susu Buah-Buahan

Assalamualaikum semua.

Dah lama tak share dengan korang resepi baru kan? Haha biasa la aku, kalau orang tanya kenapa? jawapan aku sama je Sibuk. Sibuk apa????Kau dah habis study la...sibuk qada Tidur haha (jawapan selamat).

Meh-meh sini semua anak-anak dara kat luar sana tu, kalau rasa nak kahwin korang kena belajar masak ok. Kalau tak tahu banyak pun, at least kena tahu buat puding pun takpe. Nanti tak le malu dengan mak metua. Hari nie, kak zarra ajar korang masak puding susu buah-buahan ok :-)

Bahan-bahan ( 1 loyang besar )
* 1 paket serbuk agar2 (11gm)
* 2 biji telur
* 4 cawan air * 1/2 tin susu cair * 1 cawan gula * 2-3 sudu besar tepung kastad * 1 tin fruit cocktail

Cara - Cara Membuat :
1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
2. Pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
3. Bila campuran agar-agar larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
4. Masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.

Untuk kuah campurkan 300ml susu, air dari buah koktel, 2 sudu gula dan 1 sudu tepung kastad. campurkan sahaja dan disimpan di dalam peti sejuk.


Selamat mencuba. :-) xoxo.



Monday, January 5, 2015

Daging masak lada hitam


Assalamualaikum semua :-)

Seminggu demam, so seminggu la aku tak masak. Sekarang nie mood masak aku makin rajin pulak. Pantang je mak aku nak pergi pasar macam-macam aku list barang nak beli, sampaikan kadang-kadang terbeli barang yang dah ada kat rumah. Nampak perubahan pada aku haha.

Hari nie, aku malas nak celoteh banyak sangat sebab baru je lega demam, tapi masih lagi rasa badan nie lemah. Tapi jiwa nie asyik kacau je nak update blog, so aku decide nak share dengan korang resepi yang aku try masak hari nie. 

Hari tu, banyak sangat daging ada seorang hamba ALLAH nie kasi kat family aku, mungkin niat dia untuk sedekahkan, terima kasih pakcik semoga pakcik dimurahkan rezeki. Amin. Aku apa lagi, bosan je dengan resepi lama, mula la gatal tangan nie, godek-godek dalam internet resepi apa yang paling best. Tetiba aku ada jumpa resepi nie dalam satu blog *tapi aku dah lupa nama blog tu*. Apa-apa pun terima kasih tuan resepi. Ok dah jom kita tengok resepi daging masak lada hitam.



DAGING MASAK LADA HITAM (Hidangan untuk 6 orang makan)

1 kg daging
4 camca besar margerin ~ boleh jugak guna minyak masak biasa.
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
6 ulas bawang merah ~ ditumbuk
1 inc halia ~ ditumbuk
10 tangkai cili kerang ~ rendam hingga lembut dan di kisar
1 camca besar lada hitam ~ dikisar
6 camca besar sos tiram
2 biji bawang besar ~ di hiris atau di dadu
1 biji cili bengal hijau ~ di dadu
1 batang lobak merah di hiris kasar
2 tangkai cili merah ~ di hiris
500 ml air
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar ~ di mayang

CARA-CARA MASAK DAGING MASAK LADA HITAM :-)
 
Daging di rebus hingga empuk, kemudian di hiris sederhana tebal
Panaskan margerin atau minyak dan tumis kan bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering hingga naik bau
Kacau hingga ia pecah minyak.
Tambahkan sos tiram secukupnya.
Tambahkan air jika kuah terlalu kering
Setelah kuah mendidih, barulah masukkan hirisan daging, bawang besar, lada bengal, lobak merah, cili merah dan daun ketumbar
Akhir sekali taburkan lada hitam dan gaul rata. Masak hingga kuahnya pekat.

Selamat mencuba :-).


Gambar daging masak lada hitam masa lunch tadi.

Note : Sebelum lupa, sempat lagi kalau aku nak wish happy new year korang :-). Yeaaa dah tahun baru kita, Alhamdulillah masih diberikan kesempatan dan peluang untuk terus hidup dan berkarya. Semoga tahun 2015 membawa sinar bahagia untuk kita semua. All the best korang :-) xoxo.Zz

Sunday, December 28, 2014

Ayam masak sebuli bali


Assalamualaikum.

Hari nie, mood aku agak baik. Nak kata aku nie rajin tak lah jugak, kadang2 tu terlajak tidur sampai pukul 9 haha. Biasa la budak baru habis belajar macam tu la gamaknya balas dendam sebab masa study dulu tak boleh nak tidur lama2. Sengsara oiii.

Aku kalau masuk dapur memang macam-macam nak masak, tapi hampeh. Haha.

Adik beli barang macam-macam konon nak masak la, nak try resepi baru tapi dok berkerat dalam peti ais tu la.

Tu baru mukadimah je, belum lagi mak aku jerit bising kat aku. Tapi aku pekak je telinga aku nie. Haha biasa la tu, mak aku nak aku nie teror masak. Memang betul aku, mengaku yang aku tak pandai masak. Setakat nak goreng telur boleh la. Haha tapi aku belajar ok. Dah ok nak cerita resepi. Aku lupa aku copy resepi nie dari mana haha tapi memang sedap aku dah try 2 kali, semua family aku suka dan lulus dengan cemerlang. Terima kasih Tuan resepi.

Resepi ayam masak sebuli bali.( kenapa nama dia pelik? aku pun tak tahu.)

Bahan-bahan.

1- Ayam
2- Santan
3- Kerisik
4- Bawang merah 3 biji, Bawang putih 3 biji
5- Halia
6- Bunga lawang dan kulit kayu manis.
7- Cabai (cili) blender
8- Kicap

Method of cooking

Goreng ayam dan ketepikan. Tumbuk bawang merah, putih dan halia.
Tumiskan bahan yang di tumbuk tadi bersama kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau. Masukkan cabai blender dan tumis sehingga pecah minyak. 
Masukkan kicap dan tumis lagi. Masukkan santan dan kerisik masak sehingga kuah agak pekat (kalau suka kuah masukkan air sikit). Masukkan garam dan gula.
Masak sehingga mendidih dan masukkan ayam yang digoreng tadi. Masak sehingga kuah pekat dan sedia untuk di hidangkan.
Hiaskan dengan daun sup dan cili merah agar nampak cantik dan bangkit selera untuk makan.

Selamat mencuba. :-) 




Wednesday, December 24, 2014

Baju melayu


Assalamualaikum semua ;-)

Aku ada perangai yang agak pelik, aku suka sangat tengok 'kaum adam' bila diorang pakai baju melayu. Nampak ciri-ciri lelaki melayu sejati tu dalam diri masing-masing. Terserlah ketampanan mereka. Cewaah. "berangan". 

Disebabkan aku nie suka sangat dengan benda yang cantik-cantik. Haiip kejap-kejap ada ke orang yang tak suka benda cantik??. Disebabkan aku nie anak perempuan tunggal dalam family so, setiap kali nak raya je mesti aku la yang akan buat decide nak pakai warna tema untuk setiap tahun. 

Seperti biasa, aku selalunya akan research nak pakai warna tema dan design baju. Dah melalut sangat dah aku nie. Ok straight to the point, sekarang nie design baju melayu pun dah makin banyak, macam2 gaya dan rekaan yang ada di pasaran.

Ok, untuk senangkan korang semua, korang boleh tengok design baju melayu di http://www.omarali.com.my. Banyak koleksi baju melayu yang ada, korang pilih dan beli je. Senangkan, mudah dan cepat. Ada baju melayu cekak musang, baju melayu moden, baju melayu teluk belanga dan lain. Rajin-rajin usha dekat omarali2 ok. Apa-apa just call dorang la ye untuk tanya lebih lanjut.


Omar ali boutique Sdn Bhd,
Unit GL-2& GL-3, Ground Floor,
Pangsapuri Sri Harmonis,
Batu 6/2, Jalan Gombak,
Gombak, 53100 Kuala Lumpur,
Malaysia.


Tel : +603 - 6178 70000 / 3999
HQ tel : +603 - 2694 - 4849 / 4840
Online Email: online@omarali.com.my
HQ Email : info@omarali .com.my
Web: http://www.omarali.com.my

Selamat bershopping ;-)


Thursday, December 18, 2014

KL Y.E.S FEST @ MOODREPLUCIK 19 - 21 DECEMBER 2014



Assalamualaikum.

Are you ready? 19 - 21 December 2014, ada year end sale yang paling ditunggu-tunggu semua orang. Time nie semua butik-butik akan buat potongan harga kaw-kaw punya, macam maggie kuah kaw. Rugi sapa yang tak pergi time year end sale. Lokasi year end sale kali nie dekat PWTC. 

Bukan je potogan harga yang memang luar biasa, tapi siap ada cabutan bertuah. Banyak butik yang terkenal dan hebat yang ada dekat sana. Korang boleh follow IG butik-butik tersebut untuk dapat lebih info pasal Y.E.S.

Masa nie akan ada koleksi-koleksi yang menarik, yang paling penting harga wehhhh...arggh aku memang tunggu sangat saat-saat macam nie. Habislah duit aku. So, ladies-ladies kat luar, jangan pikir banyak-banyak sangat, korang serbu je. Kalau duit tak cukup nanti sebelum gaji, mintak advance dengan bos. Haha. 'jahat sikit'.

Ok, kat sini aku ada review untuk korang antara butik yang join Y..E.S, Korang bolek klik dekat sini untuk dapat lebih info:





Kalau nak ikutkan, banyak lagi butik-butik yang top ada dekat Y.E.S nanti, kalau korang rajin godek2 la sikit pasal Y.E.S ok. Jangan lupa 19 - 21 December 2014. Save the date. Happy shooping guys. 

Bye, see you next entry. xoxo.

Tuesday, December 16, 2014

Zarra tak suka pakai shawl




Assalamualaikum.

Dari dulu, aku memang tak suka pakai shawl, rasa memang tak sesuai sangat bila pakai shawl. Tapi bila tengok orang lain pakai shawl, jelleeeessnyaaa. Cantik wehhhh. Muka aku memang tak sesuai pakai shawl. Dalam aku tak suka pakai shawl, tapi dalam alamari aku penuh dengan koleksi-koleksi shawl terkini. Pantang aku tengok ada design shawl terbaru mesti rasa nak grab jugak satu., tapi tak pakai pun, last-last gantung dalam 'gobok je'. Gobok tu almari la. 

Keyakinan aku bila pakai shawl memang akan turun seratus peratus, dari elok-elok aku berkeyakinan terus hilang keyakinan diri. Susah, orang lain nak pakai, kau pun nak. Lagi satu apa yang aku malas nak pakai shawl, sebab kena lilit. Yess, aku memang malas sangat nak lilit-lilit bagai nie. Nanti kalau salah lilit tecekak aku. Haha. Akhirnya aku pakai tudung syria je senang, ringkas dan mudah.

Walaupun aku bukan pengemar shawl yang tegar, tapi aku ada beberapa koleksi shawl yang korang boleh try beli dekat butik-butik yang aku dah beli. Kain dan design dia memang cantik. Kain yang digunakan sangat berkualiti tinggi.

Korang boleh shopping dekat butik nie http://www.calaqisya.com/. Banyak koleksi yang sesuai dan terkini, plus sekarang nie diorang ada buat instant shawl. Macam aku sesuai sangat la yang tak pandai pakai shawl.

Ok la, korang boleh godek-godek cari butik-butik yang jual shawl online lagi ok. 

Tata. See you next entry :-)




 

Monday, December 15, 2014

Instinct perempuan lebih kuat dari lelaki





Assalamulaikum.
Sapa setuju dengan aku yang instinct perempuan nie lebih kuat dari kaum adam. Kalau nak cakap pasal perempuan nie sampai esok pun takkan habis. Sebut pasal kaum hawa nie, mesti ramai orang senyum je. “senyum kucing”. Allah jadikan kaum hawa penuh dengan seribu satu misteri. Kalau nak sebut pasal perangai orang perempuan nie memang susah, banyak karenah. “macam aku. Haha.

Malas nak intro panjang-panjang. Sapa setuju dengan aku, yang kaum kita nie(hawa) ada ‘instinct’ yang kuat? Memang betul, perempuan nie famous dengan perasaan dalaman yang sangat kuat. So, kaum-kaum laki nie jangan rasa bangga dengan diri korang yang sudah cukup licik, bijak dan strategic dalam sembunyikan rahsia.
Aku pu tak tahu kenapa rasa nak update sangat cita pasal nie. Idea datang masa aku baring-baring atas katil. Memang aku macam tu, kalau nak cari idea mesti kena sunyi dan baring. Haha. Yesss aku seorang yang kuat berangan. Haha. ‘jangan gelak ok’.

Aku memang suka lepak dengan orang yang banyak pengalaman terutama kaum 'mak-mak'. Banyak ilmu yang kita dapat plus boleh dengar gosip. Dari pengalaman aku sendiri, instinct perempuan nie lebih tepat berbanding dengan lelaki. 

Dulu, masa aku study aku selalu ada instinct haha. Kurniaan ALLAH pada aku. Syukur Alhamdulillah. Apa yang aku rasa mesti lebih kurang tepat. Pernah satu ketika. Cewwah dah nak mula cerita nie, aku lepak la dengan senior aku kat kantin sambil makan-makan. Senior aku buka cerita pasal bf dia. 

Senior gf aku nie tak pernah call bf dia time bf dia keja. Takut ganggu, perempuan penuh dengan sifat prihatin. Ada satu hari tu senior aku nie tergerak hati nak call bf dia time keja, then dia call la tanya bf dia kat mana? busy ke hari nie. Padahal time tu bf dia keluar makan dgn ex gf dia. Haha. Kantoi "terjun bangunan la jawab dia". Padan muka kau gatal sangat.

Dari cerita tu, memang dah nampak yang kaum hawa nie, ALLAH bagi kelebihan melalui instinct yang kuat, tambah-tambah pada kaum isteri. Kadang-kadang si isteri nie tak nak kecoh-kecoh dalam bab-bab yang tertentu. Selagi boleh sabar dia akan sabar, kalau dah tak boleh sabar baru akan 'jadi gunung berapi'. Lagi satu si isteri nie akan fikir panjang, kalau buat kecoh nanti buruk padahnya, fikir pasal anak-anak lagi, last-last diri sendiri kena tanggung. Hebat kan.

Tu je kot aku nak share. Kepada kaum lelaki, berwaspada lah kepada kaum hawa.

Note: Sikap jujur dan amanah adalah sikap yang paling mulia. Buang sikap yang tidak elok dalam diri kita supaya kita menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan. Zz