Monday, January 19, 2015

Resepi Puding Susu Buah-Buahan

Assalamualaikum semua.

Dah lama tak share dengan korang resepi baru kan? Haha biasa la aku, kalau orang tanya kenapa? jawapan aku sama je Sibuk. Sibuk apa????Kau dah habis study la...sibuk qada Tidur haha (jawapan selamat).

Meh-meh sini semua anak-anak dara kat luar sana tu, kalau rasa nak kahwin korang kena belajar masak ok. Kalau tak tahu banyak pun, at least kena tahu buat puding pun takpe. Nanti tak le malu dengan mak metua. Hari nie, kak zarra ajar korang masak puding susu buah-buahan ok :-)

Bahan-bahan ( 1 loyang besar )
* 1 paket serbuk agar2 (11gm)
* 2 biji telur
* 4 cawan air * 1/2 tin susu cair * 1 cawan gula * 2-3 sudu besar tepung kastad * 1 tin fruit cocktail

Cara - Cara Membuat :
1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
2. Pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
3. Bila campuran agar-agar larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
4. Masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.

Untuk kuah campurkan 300ml susu, air dari buah koktel, 2 sudu gula dan 1 sudu tepung kastad. campurkan sahaja dan disimpan di dalam peti sejuk.


Selamat mencuba. :-) xoxo.



Monday, January 5, 2015

Daging masak lada hitam


Assalamualaikum semua :-)

Seminggu demam, so seminggu la aku tak masak. Sekarang nie mood masak aku makin rajin pulak. Pantang je mak aku nak pergi pasar macam-macam aku list barang nak beli, sampaikan kadang-kadang terbeli barang yang dah ada kat rumah. Nampak perubahan pada aku haha.

Hari nie, aku malas nak celoteh banyak sangat sebab baru je lega demam, tapi masih lagi rasa badan nie lemah. Tapi jiwa nie asyik kacau je nak update blog, so aku decide nak share dengan korang resepi yang aku try masak hari nie. 

Hari tu, banyak sangat daging ada seorang hamba ALLAH nie kasi kat family aku, mungkin niat dia untuk sedekahkan, terima kasih pakcik semoga pakcik dimurahkan rezeki. Amin. Aku apa lagi, bosan je dengan resepi lama, mula la gatal tangan nie, godek-godek dalam internet resepi apa yang paling best. Tetiba aku ada jumpa resepi nie dalam satu blog *tapi aku dah lupa nama blog tu*. Apa-apa pun terima kasih tuan resepi. Ok dah jom kita tengok resepi daging masak lada hitam.



DAGING MASAK LADA HITAM (Hidangan untuk 6 orang makan)

1 kg daging
4 camca besar margerin ~ boleh jugak guna minyak masak biasa.
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
6 ulas bawang merah ~ ditumbuk
1 inc halia ~ ditumbuk
10 tangkai cili kerang ~ rendam hingga lembut dan di kisar
1 camca besar lada hitam ~ dikisar
6 camca besar sos tiram
2 biji bawang besar ~ di hiris atau di dadu
1 biji cili bengal hijau ~ di dadu
1 batang lobak merah di hiris kasar
2 tangkai cili merah ~ di hiris
500 ml air
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar ~ di mayang

CARA-CARA MASAK DAGING MASAK LADA HITAM :-)
 
Daging di rebus hingga empuk, kemudian di hiris sederhana tebal
Panaskan margerin atau minyak dan tumis kan bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering hingga naik bau
Kacau hingga ia pecah minyak.
Tambahkan sos tiram secukupnya.
Tambahkan air jika kuah terlalu kering
Setelah kuah mendidih, barulah masukkan hirisan daging, bawang besar, lada bengal, lobak merah, cili merah dan daun ketumbar
Akhir sekali taburkan lada hitam dan gaul rata. Masak hingga kuahnya pekat.

Selamat mencuba :-).


Gambar daging masak lada hitam masa lunch tadi.

Note : Sebelum lupa, sempat lagi kalau aku nak wish happy new year korang :-). Yeaaa dah tahun baru kita, Alhamdulillah masih diberikan kesempatan dan peluang untuk terus hidup dan berkarya. Semoga tahun 2015 membawa sinar bahagia untuk kita semua. All the best korang :-) xoxo.Zz